“Makin singkat tudung” – Netizen

Bertudung sememangnya wajib bagi yang beragama islam. Namun ia bukanlah kayu pengukur keperibadiaan seseorang. Setiap orang melakukan perkara yang baik dan perkara yang buruk, tetapi dengan memakai tudung sahaja tidak dapat membuatkan kita menilai watak seseorang itu dengan betul. Bukan itu saja, cara pemakaian tudung seseorang juga membuatkan sebahagian individu lain suka menghukum orang lain dengan sesuka hati mereka.

Seperti contoh, selebriti Zulin Aziz baru-baru ini telah menerima teguran daripada netizen selepas memuatnaik imej dirinya bertudung namun tudung yang dipakainya itu agak pendek daripada sebelum ini.

Ada juga sebahagian netizen yang menmberi komen seolah-olah menghukum gaya pemakaian Zulin yang terkini.

Sebelum ini, Zulin pernah menjadi bualan hangat netizen dengan transformasi tubuhnya yang dahulu agak berisi dan kini krus langsing persis model.

Video Zulin yang dikongsi baru-baru ini menunjukkan gelagat Zulin sedang memperbetulkan tudungnya namun gaya tudung Zulin lebih mencuri tumpuan netizen.

Video Zulin juga telah menerima 439,000 tontonan di Instagram. Rata-rata netizen menegur Zulin dan ada juga sebahagian netizen lain yang memuji Zulin yang semakin cantik.

“Pesyen tudung apa ni, pendek betul, ada iras eli suriati”, komen beberapa netizen tentang penampilan Zulin Aziz.

Makin hari makin cantik Zulin ni.. Pakai apa-apa pun lawa hehe.

Sumber: Instagram zulinaziz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!