“Patutlah pakaian dia pun mcm rempit2 sikit”- Netizen

Siaran pada minggu ke enam rancangan The Masked Singer Malaysia telahpun melabuhkan tirai malam tadi. Peserta yang tersingkir merupakan antara peserta yang menjadi kegemaran ramai iaitu Mat Penyu. Semasa sesi membuka topeng yang di pakai oleh peserta, ramai yang pada awalnya sudah boleh meneka bahawa penyanyi di sebalik topeng merupakan pelakon dan pengarah hebat iaitu Zul Huzaimy berdasarkan klu- klu yang diberikan saban minggu.

Program yang telahpun bersiaran selama enam minggu itu telah menyaksikan 5 orang peserta telahpun tersingkir sebelum ini. Penyingkiran di minggu pertama dimulai dengan penyampai radio Era iaitu Ray yang memakai maskot Mangga Harum Manis.

Minggu kedua pula diikuti oleh pelumba kereta Keifli Othman yang memakai maskot Nenas seterusnya pelakon Datin Maria Farida yang memakai maskot Pepatung dan pada minggu ke empat pula menyaksikan maskot Teh Tarik telahpun tersingkir di mana pemilik suara tersebut adalah Datuk Sazali Samad yang merupakan seorang atlet bina badan tersohor negara.

Minggu kelima pula penyanyi Iman Troye tersingkir apabila kesemua juri hampir sepakat dapat meneka identiti sebenar beliau.

The masked singer Malaysia merupakan sebuah rancangan nyanyian yang di siarkan di saluran astro. Program nyanyian tersebut memerluk4n para peserta yang bertanding untuk menyembunyikan identiti mereka yang sebenar dengan memakai maskot yang disediakan.

Maskot yang disediakan merupakan maskot yang bertemakan Malaysia. Tugas para juri yang dilantik pula perlulah memberikan markah terhadap persembahan nyanyian para peserta di samping perlu meneka pemilik sebenar suara para peserta.

Di antara barisan juri yang di lantik adalah pengacara terkenal Datuk Aznil Hj Nawawi, Ratu Rock Malaysia iaitu Ella, penyampai radio Sinar dan pelawak Angah. pelakon Ramona Zamzam, Remy Ishak, Amy Mastura, pelawak Zizan, Raja Azura dan juga pengarah Micheal Ang.

Menerusi perkongsian di Instagram astro gempak, satu sedutan video semasa proses penyingkiran Mat Penyu malam tadi dan beberapa keping gambar pemilik wajah sebenar di sebalik topeng Mat Penyu telahpun di muatnaik.

Zul Huzaimy telah berkongsikan semula gambar berkenaan di Instagram beliau serta memohon maaf kepada semua rakan- rakan kerana terpaksa menyembunyikan identitinya sepanjang penyertaan beliau di dalam program nyanyian tersebut.

Berkongsi mengenai pertanyaan orang ramai terhadap maskot yang dipakai oleh Mat Penyu,isteri kepada Zul Huzaimy berkata beliau tidak nafikan ahli keluarga dan juga rakan- rakan terdekat sering bertanyakan soalan tersebut kepada dirinya.

Namun di sebabkan perlu memegang amanah daripada pihak Astro, beliau tidak dapat menjawab soalan berkenaan dan perlu mengelak setiap kali di ajukan soalan berkenaan.

Netizen kagum dengan bakat seni yang dimiliki oleh pemilik nama Zul Huzaimy ini. Zul bukan sahaja sangat berbakat dalam bidang lakonan dan pengarahan, namun nampaknya turut mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

Kongsi seorang netizen lagi, klu- klu yang diberikan sebelum ini agak jelas merujuk kepada pelakon berkenaan. Apatah lagi mascot berkenaan memakai kain yang biasa di gunakan golongan yang meminati motor di lehernya.

Lambang kain tersebut serta pakaian beliau juga menyerlahkan lagi watak- watak yang pernah di bawa oleh beliau di dalam filem- filem lakonan beliau sebelum ini iaitu Rempit dan KL Menjerit. Apatah lagi pula Zul sendiri juga sangat meminati motor dan mempunyai kelab motor beliau sendiri iaitu Spark Malaysian Club.

Jika kita meninjau keruangan komen, rata- rata netizen juga meluahkan rasa sedih mereka terhadap penyingkiran Mat Penyu. Tidak kurang juga yang memuji suara Zul Huzaimy. Berikut di kongsikan pula komen- komen yang di tinggalkan warganet.

“Clue minggu ke 2 tu membuatkan remy dah thu tu dia yelahkan ingat agi remy pernah berlakon sama cerita anak halal zaman tu remy dpt watak lemah juga dan zul jadi jahat srang dkt gerai burger kot tk silap” – Netizen

“Dh agakkk nmpk ja clue tempoyak tu trus agak zulhuzaimy .. Tempoyak Makanan org Perak .. Teman tau leee yeop .. Kita sekampung” – Netizen

“Rasenyer musim kalini astro bg list antara artist yg ade dlm topeng tu kot..mungkin die bg dlm 30 nama Dan pndai2 la juri Teka sbb diorg dok ulang nama sama je..hmm. So xdela nampak blur sgt juri tapi si Angah and kak engku bole tukar dah tu next season..ckp mcm YB tapi teka ke laut especially kak engku..abis geng seumur die di Teka dlm topeng tu..haih..” – Netizen

“Minat giler ngan zulhuzaimy..lakonan dia ader kelas dek.. dah lah multi talent..bleh nyanyi..dia pernah mengacara rancangan memancing dan main wayang kulit..jugak menari.. one of the finest actor msia has who dont need anymore introduction..mmg patut dia menang sbg pelakon pembantu di PFFM dulu..” – Netizen

“Sudah ku bilang .. byk gila hint or klu yg berkaitan dgn dia. Pakai jeans suit. Ki dekat leher tu. Tu semua character² dalam lakonan dia. Pastu cara dia jalan menggedik masa nyanyi tu .. dia sangat” – Netizen

Ramai puji suara Zul Huzaimy ni sedap. Rasanya dah boleh la buat satu lagu single ke lepas ni mana tahu dapat sambutan yang mengalakkan. Siapa pula agaknya yang bakal tersingkir di minggu hadapan.

The masked singer boleh dikatakan merupakan sebuah program yang menarik kerana mengajak para penonton untuk turut sama terlibat dalam program berkenaan dengan turut sama meneka barisan para penyanyi yang bertanding di sebalik mascot.

Sumber: ig astro gempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!