“Asal masuk grab je tidur, asal tidur je masuk grab” – Norman Hakim

Kehidupan berumahtangga perlulah saling melengkapi. Tidak perlu menjadi terlalu sempurna mahupun sebaliknya. Namun begitu apa yang lebih penting adalah menghargai pasangan masing- masing seadanya mereka. Kekurangan dan kelebihan merupakan faktor suami dan isteri saling melengkapi antara satu sama lain. Setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan kemanisan berpanjangan dalam kehidupan berumahtangga. Namun, kehidupan alam berumahtangga pastinya tidak akan terlepas daripada dugaan dan cabaran.

Buat pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza pula, meskipun kehidupan berumahtangga pasangan ini pernah melalui saat berliku sebelum ini, namun bak kata pepatah, selepas hujan pasti ada pelangi.

Keluarga besar Norman Hakim dan Memey Suhaiza sering menjadi rujukan buat pasangan suami isteri diluar sana. Bangkit daripada kej4tuhan sebelum ini, keluarga ini terus memberikan inspirasi buat masyarakat menerusi tauladan yang ditonjolkan oleh mereka sekeluarga.

Pengalaman kisah lalu telah banyak mengubah diri mereka agar mengambil apa yang telah berlaku sebelum ini sebagai iktibar dan pengajaran yang berguna hari ini.

Tiada siapa yang menyangka serta menduga keluarga Norman dan Memey Suhaiza beserta bekas isteri Norman iaitu Abby Abadi kini menjadi sebuah keluarga besar yang sangat rapat. Namun itulah pasang surut kehidupan.

Belajar daripada kesilapan dan berkat kesabaran pasti Allah akan permudahkan semuanya. Tambahan pula mereka berdua berbaik demi tanggungjawab untuk anak-anak. Benarlah setiap yang berlaku pasti akan ada hikmah yang tersembunyi.

Jika suatu masa dahulu kisah rumahtangga mereka menggmparkan industri seni tanah air apabila Memey menjadi punca keretakan rumahtangga Norman dan Abby namun kini keluarga mereka pula yang cukup memberikan inspirasi buat masyarakat.

Sebagai pasangan selebriti yang dikenali ramai, apa juga perkongsian mereka di media sosial akan menjadi tumpuan dan perhatian orang ramai. Kemesraan pasangan ini juga sering membuatkan para pengikut akaun Instagram mereka bersemut melihat kebahagiaan mereka berdua.

Terkini, pelakon filem Pasrah itu telah memuatnaik satu video ringkas yang memaparkan isterinya Memey Suhaiza terlena di pangkuan beliau apabila mereka berdua menaiki perkhidmatan kereta Grab. Kongsi Norman lagi, isterinya itu pasti akan tertidur setiap kali menaiki kereta grab. Kelakuan isterinya itu tidak ubah seperti anak perempuan mereka iaitu Mikayla Delisha Hakim.

Jelas Norman, beliau dan isterinya itu menggunakan perkhidmatan kereta Grab untuk menjamu selera di kawasan Sunway. Oleh kerana beliau malas untuk memandu pada hari itu, beliau dan isteri memutuskan untuk menggunakan perkhidmatan Grab. Meninjau di beberapa perkongsian Instagram Norman sebelum ini, beliau telahpun berkongsi gelagat isterinya itu yang tertidur di dalam kenderaan.

Menjenguk keruangan komen pula, ramai netizen yang berbaik sangka terhadap gelagat Memey yang tertidur sebaik sahaja menaiki kenderaan. Netizen berkongsi pendapat bahawa gelagat Memey yang tertidur itu kerana itulah sahaja masa untuk ber “Me Time” setelah kepenatan melayani anak- anak dan menguruskan urusan seharian. Apatah lagi pula Memey juga terlibat dalam urusan perniagaan yang di usahakan bersama Norman.

Tidak kurang juga netizen yang berkongsi pengalaman peribadi gelagat masing- masing yang sering tertidur di dalam kereta kerana merasa m4buk sebaik sahaja kenderaan bergerak.

Ternyata Memey tidak keseorangan apabila para netizen yang juga merupakan isteri dan ibu- ibu turut berkongsi situasi yang sama.  Berikut dikongsikan komen-komen yang di tulis oleh netizen di ruangan instagram Norman.

Kebanyakkan perkongsian yang di buat oleh Norman akan mendapat perhatian daripada para pengikut Instagramnya kerana cukup terinspirasi dengan sikap positif dalam kehidupan berumahtangga beliau.

Malahan persahabatan bekas isterinya iaitu Abby Abadi dan isterinya kini iaitu Memey yang saling berkasih-sayang dengan cukup ikhlas juga meniingg4lkan kesan positif terhadap para peminat.

Ramai yang mengagumi sikap Norman yang sangat bertanggungjawab dan penyayang dengan keluarga.. Manakala hubungan yang terjalin antara Abby dan Memey juga dikagumi oleh masyarakat.

Anak-anak mereka telah diterapkan nilai kekeluargaan dan didikan islam sejak dari kecil lagi. Mudah-mudahan keluarga ini terus menjadi contoh daripada para ibu dan bapa diluar sana.

Sumber: ig norman hakim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!