“Beb ko memang tak boleh jadi normal ke”- Shazwan Shuhaimi

Alahai suami Eira Syazira ni, memang pelawak betul. Suka sangat menghiburkan peminat-peminat beliau dengan jenaka spontan beliau. Malah, ada yang memamg menantikan terapi gembira daripada Pak Azad ni. Keperibadian yang kelakar itu memang semulajadi, tidak perlu dirancang. Tidak kurang hebatnya beliau dalam lakonan. Sama lah seperti isterinya juga, sama-sama berbakat.

Sambil menunggu isterinya, pulang bekerja. Beliau main permainan yang disediakan oleh tiktok, permainan itik di hidung.

Kelakar betul Pak Azad ni, sambil main permainan tersebut pun kelakar, tidak perlu melawak untuk bercakap.

Lagu yang dipilih pun memainkan peranan betul, dalam jenaka melihat mimik muka Pak Azad. Macam ni boleh hilangkan lapar ke Pak Azad.

Bila dilihat dalam perkongsian beliau, macam tidak normal je orangnya. Bukan kerana permainan itu, tetapi dek kerana wajahnya yang membuat orang ketawa berdekah-dekah dan melihat berulang kali

Siapa yang melihat berulang kali, ramai yang melihat. Netizen semua melihat berulang kali kerana rasa seronok melihat sendirian melawak.

Pak Azad memang sudah dikenali kelakarnya, begitu juga dengan isterinya. Isterinya juga seorang yang kelakar rupanya, malah mudah ketawa.

Netizen yang memberikan komen semua menyakat kembali Pak Azad, malah ada yang berulang kali melihat video ini. Antara komen-komen mereka.

Ramai orang cakap jodoh panjang kalau sama muka. Muka Pak Azad dengan isteri pun iras-iras. Inya-allah hingga ke syurga. Bila nak tambah anak, dapatkan anak lelaki pula.

Sumber: ig azadsyaziraroses

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!