“Assalamualaikum Muhammad Bilal bin Muhammad Haris”- Neelofa

Neelofa antara selebriti yang mempunyai ramai pengikut di laman sosial media. Bahkan ramai mengikuti Neelofa untuk mengetahui perkembangan terkini selebriti kesayangan mereka itu. Dari awal penglibatan Neelofa dalam industri hiburan sehinggalah kini yang telah bergelar usahawan serta seorang isteri, beliau sentiasa menjadi perhatian media dan netizen.

Saat yang telah dinanti-nantikan sudah tiba. Akhirnya Neelofa telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada 29 Januari lalu dan telah bergelar ibu kepada Muhammad Bilal bin Muhammad Haris.

Ramai menantikan kehadiran cahaya mata sulung buat Neelofa dan pasangannya, PU Riz selepas gambar Neelofa berbadan dua telah banyak dikongsi di laman sosial media.

Dan baru-baru ini, Neelofa sendiri telah mengumumkan nama cahaya mata sulungnya di instagram story.

Selepas neelofa umum nama bayi lelaki miliknya, beliau telah menerima ucapan tahniah daripada pengikut dan peminat-peminatnya menerusi komen di laman Instagram.

Neelofa juga menjadi tumpuan media pada hari ini selepas berkongsi nama anak sulungnya sebentar tadi.

Ramai netizen akui, suka dengan nama cahaya mata sulung Neelofa yang cukup ringkas dan bermakna.

“Nama yang cukup ringkas dan bermakna, nama rasulullah dan nama bilal bin raabah allahu sgt cantik nama yang diberi”- Netizen

Kelihatan ramai netizen tidak sabar untuk melihat foto pertama cahaya mata Neelofa yang bakal dikongsi oleh Neelofa tidak lama lagi.

Agak-agaknya muka Muhammad Bilal lebih kepada ibu atau ayahnya? Tunggu…

Alhamdulillah tahniah buat Neelofa, semoga dipermudahkan urusan berpantang dan selamat menjalani proses berpantang ya. Tak sabar betulnak tengok anak Neelofa nanti hehe..

Sumber: Instagram neelofa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!