“Aiyo makin bnyk terbukanya”- Netizen

Suatu ketika dia pernah dikenali dek kelantangannya bersuara di medsos hingga menjadi bahan sensasi media hiburan tempatan. Tampaknya agak lama jua dia tidak ‘berkicau’ di layar maya. Begitupun Ameera Khan yang juga adik kepada selebriti, Neelofa ini tak sunyi daripada berkongsi foto dan momen di IG nya. Dah namapun orang cantik lawa, apa sahaja yang dikongsikan pastinya menarik perhatian netizen. Setiap inci perkembangan dan perubahan Ameera yang juga dikenali dengan nama Little Miss Khan ini pasti menancap pandangan mata-mata ‘prihatin’ di media sosial.

Jika sebelum ini pernah berhijab, namun sedikit demi sedikit mula ber’turban dengan menampakkan sedikit bahagian rambut di depan, tetapi tetap memakai pakaian labuh, ia masih boleh diterima netizen yang beranggapan dia masih dalam proses belajar berhijab.

Begitupun, penampilan terbaharu Ameera dengan memakai skirt paras lutut jadi bualan netizen yang agak kecewa dengan aras busananya itu. Dalam foto terbaharu di IG nya, ada yang meluahkan gaya Àmeera makin lama makin ‘terbuka’.

Kalau dilihat, memang Ameera hanya mengenakan topi dan menampakkan sebahagian rambut dengan memakai gaun paras lutut. Barangkali netizen agak terkejut, ada yang tak sangka dia akan berketrampilan sedemikian. Apatah lagi mempunyai kakak yang kini sudah ‘bértutup’ sempurna malah berjodoh dengan seorang ustaz.

Ramai yang berharap, jika tidak ibunya, Noor Kartini Noor Mohamed, Neelofa atau suaminya, PU Riz dapat membimbing gadis baharu berusia 22 tahun itu akan kaedah berhijab yang betul. Ermmm…. begitulah pula ya. Apa pun doakanlah saja yang terbaik buatnya ya. Siapalah kita yang hendak mengadili?

https://www.instagram.com/p/Cayv4M1F2mo/

Ameera juga nampaknya seakan berasa tak luak langsung dengan komen-komen seumpamanya yang dilayangkan di ruangan komen hantaran di IG nya itu. Tak pernah atau mungkin jarang langsung dibalas olehnya.

Ya lah… Dah nama pun seorang usahawan, pasti tumpuan Ameera lebih kepada update di media sosial seperti di IG itu hanya untuk mempromosikan item jualan. Manalah punya masa nak baca dan peduli cakap-cakap netizen yang kadang tak boleh juga terlalu dilayan.

Dalam pada itu, agak mencuit hati tatkala netizen menyifatkan cara berbusana wanita digelar The Next Kardashians dek gaya hidupnya dikatakan persis ahli keluarga selebriti popular Hollywood, Kardashians iaitu Kylie Jenner itu mengikut lokasi berfoto.

Terdahulu, menebak port berfoto Àmeera yang mengenakan gaun paras lutut itu ketika berada di negara padang pasir, Dubai, kata mereka jika berada di negara sendiri, pastinya dia akan berbusana mengikut cara orang Malaysia. Macam-macam netizen ni ya.. kelakar.

Untuk info, pembabitan Ameera dalam dunia perniagaan mendapat sokongan kuat ibunya. Tidak ramai yang tahu sebelum terbitnya jenama Naelofar Hijab, ibunya terlebih dahulu menjual tudung di rumah dengan ketika itu turut dibantu oleh Ameera yang masih kecil.

Sumber : IG Àmeera Khan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!