“Comel Aafiyah belajar piano dr kecil lagi”- Netizen

Penyanyi Dato Siti Nurhaliza kini dilihat lebih sibuk meluangkan masa bersama anak-anak sambil menguruskan bisnes miliknya sendiri. Walaupun Dato Siti Nurhaliza atau mesra dengan panggilan Tokti ini sudah kurang aktif dalam bidang nyanyian, peminat-peminatnya masih mengikuti perkembangan Tokti di laman Instagram. Bukan Tokti je, anak-anak Tokti pun turut sama menjadi perhatian ramai.

Cahaya mata sulung Tokti iaitu Siti Aafiyah sekali lagi menjadi tumpuan netizen selepas Tokti berkongsi aktiviti anaknya itu di Instagram.

Aafiyah dilihat sedang belajar bermain piano sambil dirakam oleh ibunya. Walaupun Aafiyah masih kecil lagi, Aafiyah cukup bijak bermain piano dan mempunyai bakat yang terpendam.

Aafiyah telah mula didedahkan dengan bermain alat muzik sepertimana ibunya pula sememangnya penyanyi nombor satu di Malaysia. Mana tahu satu hari nanti Aafiyah akan terlibat dalam bidang muzik dan nyanyian kan…

Sementara itu, video Aafiyah bermain piano telah mencuri tumpuan ramai sehingga ditonton sebanyak 656,000 tontonan.

Rata-rata netizen memuji Aafiyah yang bijak bermain piano sambil diajar oleh gurunya. Tokti menerusi ruangan kapsyen memberitahu, Aafiyah kini semakin fokus dalam belajar dan berdoa agar anaknya menjadi lebih pintar.

“Takpe aafiyah, belajar slow slow okay lama lama mesti pandai terus, comelnya Aafiyah main piano”- Netizen

Semoga satu hari nanti, boleh lah Aafiyah ganti tempat ibu dia kan hehe.. Tak sabar nak tengok Aafiyah masuk kelas vokal pulak.

Sumber: Instagram ctdk

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!