“Demi anak, daddy sanggup naik ride ni”- Caprice

Setiap suami pastinya mahu bergelar seorang bapa. Dengan adanya cahaya mata, kehidupan suami isteri automatik akan berubah dan akan lebih mementingkan cahaya mata mereka serta sedaya upaya meluangkan masa bersama anak-anak walaupun sibuk bekerja. Begitulah yang dilalui oleh selebriti Caprice selepas berkahwin dengan isteri pilihannya yang juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan berumur lima tahun iaitu Aleesya Sofea.

Hubungan Caprice dan Aleesya Sofea dilihat cukup rapat meskipun Caprice baru mula menyesuaikan diri untuk bergelar seorang bapa. Siapa sangka, Caprice telah berkahwin dan bergelar bapa dalam tempoh yang singkat. Tahniah Caprice.

Selain itu, Caprice pernah akui pada awalnya beliau masih tidak sangka akan bergelar seorang bapa secepat ini namun ketentuan takdir Allah adalah segalanya.

Bila melihat Caprice sentiasa berkongsi rutin hariannya bersama Aleesya, ramai dapat melihat sikap penyayang Caprice terhadap anaknya itu dan kemesraan mereka berdua.

Malah baru-baru ini, Caprice berkongsi video yang melucukan menerusi Instagramnya. Demi melayan kehendak anaknya Aleesya, Caprice sanggup teman Aleesya menaiki patung bergerak di KLCC. Betul-betul daddy yang sporting Caprice ni.

Rata-rata netizen yang melihat video Caprice itu memuji sikap penyayang Caprice sebagai seorang bapa dan memuji cara Caprice melayan anaknya.

“Adeh ggsta habis ni, youre sich a great daddy cap, muka cap pasrah habis ni, takpelah asalkan anak happy hehe”-Netizen

Bagi Caprice juga, meluangkan masa bersama Aleesya juga dapat kurangkan stres selepas bekerja. Itulah kehidupan Caprice sekarang, lebih bahagia bersama isteri dan anak tersayang. Semoga Caprice dan isteri kekal hingga syurga.

Sumber: Instagram Daddycapofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!