“Dah besar ni mesti cantik giler macam mak dia” – Netizen

Jika bayi dan kanak-kanak dari ibu bapa yang tidak terkenal seperti artis pun pasti akan menjadi rebutan dan sorotan ramai orang. Lebih-lebih lagi buat mereka yang memang gemar bermain dengan kanak-kanak dan suka melihat telatah lucu dari kanak-kanak ini. Apatah lagi jika dibandingkan dengan anak-anak artis tempatan, apa sahaja yang mereka lakukan dalam  aktiviti seharian mereka pasti menjadi bualan ramai orang.

Mengikat tali perkahwinan pada tahun 2017, pasangan sejoli Amyra Rosli dan Amar Baharin kini dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan sebagai pelengkap dan penyeri hidup mereka. Pasangan yang sememangnya sama cantik dan sama padan ini telah membesarkan kedua-dua anak mereka yang comel dan bijak ini dengan penuh kasih sayang dari mereka berdua.

Aqeef Anaqi Amar yang merupakan abang kepada Ayra Aryssa ini sememangnya sangat beruntung memiliki ibu yang sangat lembut dalam bertutur. Jika dahulu Anaqi sering menjadi perhatian para peminat ibu dan ayah mereka, tetapi kini si adik pula iaitu Ayra Aryssa juga sudah mula mendapat sorotan dari netizen yang suka melihat wajah comel dan telatahnya itu.

Baru hendak mencecah umur dua tahun pada Februari depan, Ayra Aryssa yang baru berumur setahun jagung ini dilihat banyak belajar dari abangnya itu iaitu Aqeef Anaqi. Segala perkara yang dilakukan oleh si abang pasti menarik perhatian Ayra untuk turut ikut melakukannya bersama-sama.

Video terbaru Ayra Aryssa yang dimuatnaik oleh Amyra Rosli ke laman Instagramnya itu sekali lagi telah mendapat perhatian netizen dan peminat yang geram melihat kecomelan anaknya itu. Walaupun sedang bersin dan kelihatan seperti baru bangun dari tidur, Ayra masih terlihat comel sekali dalam video tersebut.

Posting terbaru Amyra Rosli dengan kapsyen 1 tahun 11 bulan itu meraih ratusan komen dari para peminat yang rindu dengan Ayra kerana sudah agak lama Amyra tidak berkongsi foto dan video anak keduanya itu.

Ramai juga yang mengatakan bahawa Ayra merupakan versi kedua ibunya kerana wajah yang tak tumpah seperti Amyra Rosli. Netizen juga mengatakan bahawa jika Ayra sudah meningkat dewasa nanti pasti akan berubah cantik seperti ibunya itu.

Kehidupan pasangan artis Amyra Rosli dan Amar Baharin kini pasti sudah lebih dari sempurna lebih-lebih lagi dengan kehadiran putera dan puteri yang comel sebagai pelengkap dalam hidup mereka. Bila sudah besar nanti, boleh lah Anaqi dan Ayra meneruskan legasi ibu dan ayah untuk menjadi bintang negara.

Sumber: Instagram Amyra Rosli

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!