“Saya lah tok imam mekah” – Jebat Jayden

Meskipun sudah tiada ikatan sebagai pasangan suami isteri, namun pelakon Sharnaaz Ahmad masih tetap mempunyai hubungan yang cukup baik dengan bekas isterinya iaitu usahawan Noor Nabila. Malah kehadiran Sharnaaz yang turut menghantar Nabila bersama anak mereka Jebat Jayden di lapangan terbang untuk menunaikan ibadah umrah baru- baru ini juga mendapat perhatian netizen.

Di sebabkan Jebat, Sharnaaz boleh berlapang dada bertemu dengan keluarga bekas mertuanya. Ramai yang memuji Sharnaaz kerana mengenepikan e.go dan berkumpul dengan keluarga bekas mertuanya di lapangan terbang.

Nabila telah berangkat ke tanah suci Mekah untuk mengerjakan ibadah umrah selama 12 hari. Nabila juga turut membawa Jebat ke sana untuk memberikan pendedahan buat kanak- kanak cilik berkenaan mengenai ibadah umrah.

Gelagat Jebat sepanjang berada di Tanah Suci Mekah juga sangat mencuit hati netizen. Buat kanak- kanak yang hanya baru berusia 5 tahun, terlalu banyak perkara baru yang di terokai dan pengalaman tidak ternilai berkenaan sememangnya tidak dapat di beli dengan wang.

Memetik komen daripada Instagram Sharnaaz sendiri yang di kongsikan menerusi laman instastorynya, sebelum ini pelakon Suamiku Encik Sotong itu memuatnaik semula foto anak lelakinya yang berada di Tanah Suci dan bersyukur dengan cara didikan bekas isterinya itu dalam soal agama.

Sharnaaz menyifatkan didikan Nabila sebagai “champion” dalam bab agama jika di bandingkan dengan dirinya. Pelakon berusia 38 tahun itu juga sempat berseloroh dengan berkata bab didikan hura hara berikan kepadanya. Namun begitu, beliau mengakhiri komen berkenaan dengan luahan ucapan sayang buat anak lelaki tunggalnya itu.

Menerusi satu perkongsian terkini yang di muatnaik di Instagram Jebat Jayden, satu video memaparkan kanak- kanak tersebut sedang membaca talbiah haji dan umrah menarik perhatian netizen.

Di dalam video yang di kongsikan itu, Jebat dilihat berjaya membaca talbiah berkenaan dengan lancar. Kanak- kanak tersebut juga menghafal bacaan tersebut tanpa mempunyai sebarang kesalahan dan ketinggalan sepatah perkataan.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen sejuk hati mendengar bacaan talbiah yang di alunkan oleh Jebat tersebut. Netizen juga mendoakan Jebat menjadi anak soleh dan seorang tahfiz suatu hari nanti.

Bak kata netizen, kanak- kanak ibarat kain putih dan sebagai ibu bapa perlu mencorak anak- anak dengan baik. Sehingga kini video Jebat membaca talbiah berkenaan menerima hampir 38799 tanda suka dan 375 komen daripada netizen. Berikut di kongsikan doa netizen buat Jebat.

Sebagai rekod, Sharnaaz dan Nabila pernah mendirikan rumahtangga pada Mac 2017 sebelum mereka mengambil kepuutusan untuk berpisa pada Julai 2019. Hasil perkongsian hidup berdua, pasangan berkenaan di kurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia 5 tahun.

Nabila bagaimanapun telah mengakhiri zaman ibu tunggal apabila mendirikan rumahtangga bersama ahli perniagaan terkenal Engku Emran pada Mac 2021.

Sumber: Instagram jebat jayden

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!