“Kenapa mengidam sampai macam tu” – Netizen

Bermacam-macam ragam dan keinginan jika nak dikatakan buat para ibu mengandung di luar sana. Bukan itu sahaja, emosi wanita yang mengandung ini juga sukar dijangka dek akal. Kadang baik kadang tak baik. Malah mengidamnya juga bukan perkara yang biasa kebanyakannya. Saat inilah suami mula pening bagaimanalah nak turuti semua keinginan isteri yang sedang melalui fasa mengandung ini.

Tak keruan dibuatnya semenjak dua menjak ini buat selebriti Harris Shahrul Annuar ini setelah mengumumkan kehamilan pertama isterinya pada bulan lalu. Berbagai alahan dan keinginan pelik semenjak kehamilan isteri tersayang yang dikongsikan bersama para peminat.

Harris Anuar dahulunya terkenal dengan video-video menyakat ibunya yang kuat melatah itu. Ibunya yang bernama Zaiton Hassan ini juga memang terkenal dahulu di layar kaca televisyen dengan iklan-iklan produk kosmetik keluarannya dan mesra dipanggil sebagai Kak Ton ketika itu.

Perkahwinan yan dibina bersama seorang pelakon cantik bernama Asha Merican pada tahun 2022 ini telah menjadi bualan ramai kerana keduanya yang pandai menyimpul rapi rahsia hubungan antara mereka berdua sebelum berkahwin dari menjadi sorotan media.

Dari pelbagai alahan pelik yang sedang dialami oleh Asha Merican itu, ternyata kali ini lebih pelik lagi apabila dia teringin sangat untuk memakan sabun. Terkejut Harris dibuatnya apabila Asha sendiri telah mengaku bahawa dia telah makan cecair sabun kerana terlalu teringin untuk merasainya.

Tidak dapat menahan si isteri dari melakukan perkara tersebut, sebelumnya juga Asha mengalami keinginan yang pelik antaranya adalah suka menghidu dinding dan teringin untuk bermain permainan lato-lato yang sedang trending sekarang.

Namun, perbuatan Asha yang memakan sabun itu tidak dipersetujui ramai kerana berpendapat ia dapat membah4yakan bayi yang ada dalam kandungan. Tetapi apa yang lucu adalah apabila ramai netizen yang perasan dengan bantal busuk Harris yang berada dalam video sehingga sukar menarik fokus penonton pada topik utama mengenai isterinya itu.

Memang pelik sangat bila mengidam makan sabun ni. Doakan sahaja yang terbaik buat pasangan Harris Anuar dan Asha Merican ini. Semoga bayi dalam kandungan sihat sejahtera dan selamat sehingga melahirkan nanti.

Sumber: Instagram Harris Anuar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!