“Saya dah muak dengar Tokti nyanyi sedap”- Johan

Penyanyi Dato Siti Nurhaliza masih menjadi kehilaan ramai peminat bermula daripada zaman remaja beliau sehinggalah kini sudah bergelar ibu kepada dua orang cahaya mata. Suara merdu Siti Nurhaliza atau mesra dengan gelaran Tokti ini masih maintain dan tidak pernah mengecewakan. Letak lah lagu apa saja yang dinyanyikan Tokti, pasti menjadi merdu dan sedap didengari peminat. Memang suara emas betul Tokti ni hehe..

Walaupun sibuk dengan perniagaan dan rumah tangganya, Tokti sering mengeluarkan single terbaru lagu nyanyiannya khas buat peminat tersayang.

Namun pernahkah kita mendengar suara ‘sumb4ng’ Tokti? Memang tak pernah kan.. Selalunya yang merdu sahaja suara Tokti ni.

Khas buat penonton I Can See Your Voide musim kelima, buat pertama kalinya Dato Siti Nurhaliza dijemput sebagai penyanyi jemputan bagi episod terakhir ICSYV5 ini.

Tokti juga diminta oleh panel jemputan untuk merosakkan lagu beliau sendiri. Sporting habis Tokti nyanyi dengan suara sumb4ng.

Gara-gara permintaan pelawak Johan yang jujur mengaku sudah ‘b0san’ mendengar suara merdu Tokti, beliau membuat permintaan untuk mendengar suara sumb4ng Tokti.

Tokti pun layankan terus permintaan khas Johan. Malah peserta yang berduet dengan Tokti pada akhir rancangan juga rupanya peny4mar bersuara sumb4ng.

Rata-rata netizen yang melihat ICSYV5 terhibur melihat penyanyi kesayangan mereka bersuara sumb4ng dan suka melihat kehadiran Tokti dalam program realiti tersebut.

Posting video oleh Instagram TV3 yang menunjukkan sedutan program ICSYV5 dengan penampilan khas penyanyi nombor satu malaysia telah menerima perhatian ramai netizen.

Berakhirlah rancangan ICSYV5. Agak-agak ada lagi tak program realiti best macam ni? Seronok tengok lagi-lagi bila Tokti ada dalam ICSYV5 last episod.

Sumber: Instagram tv3malaysia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!