“Manis je bertudung labuh, sukanya tengok” – Netizen

Penyanyi Wany Hasrita memilih tarikh 22 Julai 2022 untuk di satukan bersama pasangannya Mohd Al-Adib Fahmi. Beliau selamat bernikah dengan jejaka pilihannya itu di sebuah premis acara di Damansara Perdana, Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Wany iaitu Hasbullah Hassan dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah M4sjid Al Mukarramah Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.

Pada majlis itu, Wany atau nama sebenar, Nurshazwany Hasrita Hasbullah menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian. Bagaimanapun, wang hantaran dirahsiakan serta tiada dulang hantaran daripada kedua-dua pihak.

Wany yang popular dengan lagu Menahan Rindu bersyukur majlis dirancang lancar dan berterima kasih kepada keluarga, rakan dan peminat yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Berkongsi mengenai jejaka yang berjaya menambat hati dan bekerja dalam bidang penerbangan di Kuching, Sarawak itu, Wany berkata, mereka mula rapat sejak 2019.

Wany yang juga Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 pada 2018, berkata, mereka bertunang pada 26 Februari lalu.

Menerusi Instagram era je, satu hantaran terbaru yang memaparkan suasana ketika majlis resepsi pasangan pengantin baru Wany Hasrita bersama suaminya telahpun dikongsikan buat tatapan para peminat.

Wany Hasrita dan suaminya manis berpakaian pengantin sedondon berwarna biru. Bagaimanapun pakaian pasangan pengantin baru itu yang sederhana mencuri tumpuan Netizen.

Wany Hasrita merupakan antara penyanyi wanita yang sentiasa berpakaian sopan serta menjaga penampilan beliau. Meskipun pada hari penikahan dan persandingan,  Wany hanya bersederhana dalam berpakaian dan solekan. Netizen juga memuji Wany yang memakai tudung labuh dan memakai inai di j4rinya sahaja.

Menjengah keruangan komen, rata – rata peminat memuji pelantun lagu Cinta Khayalan itu kerana begitu menjaga penampilan beliau.

Malahan gaya dan cara penyanyi itu berpakaian sopan dan menutup aurat juga sering menjadi inspirasi kepada para peminat beliau selama ini. Berikut dikongsikan komen- komen netizen terhadap hantaran video berkenaan.

Ramai betul yang suka dengan pakaian pengantin Wany Hasrita ni. Lepas ni mungkin boleh di jadikan inspirasi untuk bakal- bakal pengantin di luar sana dalam mencari pakaian pengantin yang menutup aurat dan sopan.

Sumber: ig era. je

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!