“Ya Allah sweet nya, sebak kita” – Nabila Huda

Kata orang kalau orang dah sayang seseorang tu, pasti apa sahaja akan dilakukan untuknya seboleh-bolehnya berkait dengan apa disukainya. Bertuahlah wanita bernama menantu apabila itu yang dilakukan oleh ibu mertuanya. Itulah yang dikecapi pelakon, Elisya Sandha apabila ibu mertuanya yang juga aktres dan penerbit, Sheila Rusly yang sentiasa dilihat melayannya dengan sangat baik.

Biasa mendapat komen netizen yang gemar melihat gelagat Sheila menjaga Elisya macam anak sendiri atau gamaknya lebih daripada itu setiap kali memuat naik hantaran berkaitan, ramai menyifatkan Elisya bertuah.

Lihat saj4lah perkongsian video Sheila di Instagramnya ini, siap memasakkan makanan kegemaran Elisya lagi. Maklumlah baharu melahirkan cahaya mata sulung 18 Jun lalu, Elisya masih dalam tempoh berpantang.

Dalam video dikongsikan kelihatan Sheila yang sudah siap memasak bihun sup berlaukkan daging dan tauhu sekali sambal, terus menghidangkan makanan itu sendiri. Bertuahnya…

Bukan saja netizen yang suka melihat kasih sayang dua anak menantu ini, rakan selebriti tidak ketinggalan. Antaranya pelakon, Nabila Huda yang men1nggalkan komen akan rasa sebaknya melihat kemanisan momen keduanya.

Bahkan dalam hantaran sama Elisya turut memuji dengan melayangkan komen bahawa masakan ibu mertuanya itu ‘Paling sedap’ sebelum dibalas Sheila dengan emoji ‘hati’ berwarna merah.

“Adore u and Ur fmly, sis…mg Allah stiasa kurniakan kbgiaan buat sis skeluarga smp syurga Allah aaamiinn…”, “ “Moga keluarga ini sentiasa di bawah kasih sayang dan rahmat Allah”.

Itu antara komen netizen. Ya la.. siapa tak sebak dan suka melihat hubungan sebegini. Jujurlah… Bukan mudah hendak menjaga menantu macam anak sendiri jika kurang keikhlasan dalam diri.

Menariknya ramai netizen wanita di ruangan komen yang melahirkan rasa terinspirasi untuk menjadi mertua seperti Sheila. Bagusnya Sheila menunjukkan contoh baik buat pengikut dan peminatnya di luar sana.

Elisya yang juga adik kepada pelakon terkenal, Fasha Sandha, selamat bernikah dengan Uzair Haqimy, anak sulung Sheila dan suaminya yang juga pengarah Jinggo atau Azman Yahya pada 21 Ogos tahun lalu.

Sumber : IG Sheila Rusly

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!