“Bila kau buat2 bijak dlm meeting” – Noor Nabila

Siapa je tak kenal si comel bernama Jebat Jayden. Sebut saja nama Jebat, pasti terus teringat gelagat nya pasal “Tangan baby osyakk” tu kan. Sememangnya tak dinafikan bahawa Jebat ni sangat comel dan banyak akal. Ada saja video nya yang viral buat hal itu ini.

Kadang-kadang video nya dengan aunty nya Atisha Khan, kadang dengan Amira tu. Maklumlah, Jebat ada aunty yang popular, daddy nya Sharnaaz juga popular tau. Comel je tengok family ni. Dahla Jebat tu gebu, geram nak gigit.

Baru-baru ini, ada dimuat naik video Jebat yang meniru aksi uncle sedang bercakap. Orang tu tengah sibuk explain dia pun duk acah-acah sibuk sekali. Yg paling lucu siap ikut gerak geri tangan, amboi, busy betul ya Jebat ni.

Yang paling lucunya, neneknya Noor Kartini, pun duk melayan je aksi Jebat tu, apa yang Jebat cuba nak explain pun taktahu. Katanya itulah yang berlaku bila kita buat bijak time meeting. Gaya je yang lebih, input nya tak kesampaian satu pun.

Takpa, yang penting Jebat memang comel. Suka sangat ikut orang, kelmarin Atisha yang tengah makan nasi ayam penyet pun turut nak ikut nya, katanya nak juga nasi ayam penyet. Boleh dikatakan semua aksi Jebat ni, semua nya lucu dan spontan. Banyak akal sungguh si comel ni.

Jebat juga tak habis-habis nak jadi Fiderman. Suka sangat je dia dengan Fiderman tu, sampaikan daddynya juga dikatanya Fiderman. Tapi itulah kan, kanak-kanak kalau ditanya, mereka akan beri jawapan sebegitu, kadang-kadang Ultraman lah, Cicakman lah, dan sebagainya.

Antara komen netizen ialah “Buat bijak eh”. Lucu sangat gelagat spontan nya tu. Orang tengah serius dia boleh main-main pula. Siapa suruh join meeting orang dewasa kan, dah takda topik nak borak bersama. Orang borak pasal bisnes, dia ajuk sajalah.

Jebat yang acah-acah bijak time meeting pun, mana tahu esok dah dewasa betul-betul akan jadi ceo seperti uncle nya itu. Bak kata drama Tv3 ceo Megah Holding gitu. Mana taknya, keluarga nya semua terdiri dari orang ternama dan popular.

Justeru, gelagat si comel tu sedikit sebanyak dapat hilangkan stress kita. Kalau tengok je gelagat Jebat tu mesti rasa macam nak cubit je pipi merah dia tu. Tapi, jngan dilupa, daddy nya Sharnaaz sekali buat hal dengan Jebat, nanti daddy nya cari kita sampai ke lubang cacing.

Sumber : Ig Molekfm

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!