“Nasib pakai seluar, hampir terlondeh kain” – Netizen

Usik mengusik sememangnya boleh membawa bahagia. Bayangkanlah jika semuanya skema sahaja, suasana pun mudah menjadi suram. Seronok bukan jika ada kawan-kawan yang giila2 mengusik dan menghiburkan lazimnya mereka boleh ditemui di tempat kerja kita. Bayangkanlah jika ada kawan yang sebegitu seperti gelagat pelakon senior, Didi Alias ini. Ada saja usikannya buat rakan sekerja.

Biasa berkongsi kenakalannya itu di medsos, dalam hantaran video di Instagramnya kali ini memperlihatkan aktres veteran, Norlia Ghani pula yang menjadi ‘mngsa’. Terkejut habis wanita itu dibuatnya.

Apa tidaknya, dengan memakai rambut palsu, Didi tiba-tiba menjengah bilik Norlia di set yang barangkali hendak mengikat kain sarungnya, dengan ‘meny0ndol’ per0tnya. Mahu tak ‘berbuih mulut’ Norlia dibuatnya.

Mesra dipanggil mama, Norlia yang terkejut dengak aksi Didi itu, turut sama mengekek dek kejutan padanya. Ada-ada saja Didi yang memang suka mengusik rakan artis ini nak buat ya…

Apa pun tersentuh juga dengan kata Didi seperti di kapsyen hantaran di IG nya itu bahawa itu antara momen yang susah hendak diperoleh dalam hidup dan mahu menyimpannya sebagai kenangan.

Bagus juga Didi yang gemar membahasakan dirinya sebagai ‘mummy’ ini. Katanya itu antara ‘kerjanya’ tatkala berada di set penggambaran iaitu suka mengusik pelakon-pelakon senior digelar ‘otai’.

“Mommy jht..bvli…mama”, “Adoi2x kekek abis seh. Didi ni suka mengusik n buat lawak. Kena lagi mama kita..”, “Haaa kn dh terkncing org tua tu”, “Nasib pakai seluar, hampir terlondeh kain”. Itu komen netizen.

Apa pun ada juga kebimbangan di ruangan komen apabila melihat aksi Didi itu dengan melahirkan kekhuatiran agar tidak melakukan aksi sedemikian terutama jika ‘mngsa’ ada skit jntung.

Begitupun, sudah lama dalam industri seni, pastinya Didi juga sudah maklum akan keadaan Norlia. Dalam pada itu tak kurang melahirkan rasa akan rindu melihat pelakon veteran itu di belakang tabir.

Kepada yang mengikuti Didi di medsosnya pasti perasan akan banyak aksi spontan dirinya yang gemar mengusik rakan artis di set yang dikongsikannya. Sekurang-kurangnya boleh juga menghiburkan netizen ya….

Sumber : IG Didie Alias

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!