“Mak dia power rangers purple, Malaysia je ada tau haha” – Netizen

Ramai dalam kalangan kita yang memang rapat dengan mak sendiri. Kadang tu dah macam kawan baik pula sampai boleh ‘kenakan’ mereka. Begitupun sebagai anak sudah tentulah kena tahu batasnya. Itu barangkali yang boleh dilihat apabila melihat keakraban dua beranak ini. Tengok saj4lah aksi pelakon, Reen Rahim yang ‘mengenakan’ ibunya yang dipanggil ‘Amie’ ini.

Dalam video dikongsikan, Reen memperlihatkan dirinya yang cuba memberitahu sesuatu kepada ibunya itu, tetapi masih teragak-agak. Itu membuatkan Amie nya sedikit geram dan mahu Reen berterus-terang.

Begitupun, dalam mengambil masa agak lama hendak memberitahu ‘perkara’ itu kepada ibunya, rupa-rupanya sempat lagi dia menyakat. Di akhir video Reen akhirnya memberitahu perkara ‘sebenar’ itu bahawa dia ‘seorang altramen’.

Patutlah coret Reen di kapsyen hantarannya ‘Kalau rasa nak try sk1ll altramen kat mak korang silakan’ hahaha jangan lupa tag Reen’. Hah begitu… Bukan saja maknya terkena, dengan netizen-netizen sekali sama…

Haissshhh geram lak kita dibuatnya ya… Dalam pada itu tak kurang yang ‘meng3cam’ Reen dek gelagatnya yang masuk air itu. Patutlah Amie nya pun geram. Seperti biasa memang Reen suka berkongsi aksi nakal mengenakan ibunya.

Yang tak boleh tahan tu, video tersebut siap disunting diselang-selikan dengan aksi dan ayat lelucon hingga tak kurang netizen yang terhibur. Ramai juga yang geram rasa ‘terkena’ menonton perkongsiannya itu.

“Hahahahaha weyyy ko nie reen… kelakar laaa”, “ko memang tingtong la gile”, “Hahaha tgk video ni terus h1lang b4d mood aku tadi tau”, “S4kit perut sis”, “Umi nya pon… suka tgk comel rock2…”. Itu antara komen netizen.

Seronok tengok keakraban anak beranak ini. Apa pun moga kasih saya Reen dan ibunya serta keluarga mereka berkekalan hingga ke jannah. Gembirakan ibu bapa pun syurga buat anak.

Memang hubungan Reen dan ibu bapanya rapat. Diuji pernah dij4ngkiti cvd menjelang hari raya sebelum ini, Reen pernah meluahkan di media yang dia tidak akan men1nggalkan Amie dan Baba (bapa) nya beraya sendirian.

Kata Reen, bahkan dia sanggup tidak berkahwin jika bakal suaminya mahu membawa dirinya jauh daripada ibu kandung. Rapat sungguh hubungan mereka kan… Begitulah sepatutnya…

Sumber : IG Reen Rahim

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!