“Baby tu cute je buat muka camtu tengok mak dia makeup gitu” – Netizen

Meniti kejayaan demi kejayaan sebagai juru solek terkenal negara dengan hanya bermula sebagai suri rumah yang meminati bidang solekan pastinya bukan perkara yang mudah. Lebih-lebih lagi apabila bakat dan minat ini mula di pandang rendah dan dicemuh oleh orang ramai apabila dia bermula dengan membuat siaran langsung di laman Facebook miliknya.

Nur Nabilah Zulyadaini atau mesra dipanggil sebagai Mua Bellaz ini sedang mencapai kejayaan di tahap maksimum  apabila usaha yang dilakukan selama bertahun-tahun lamanya kini membuahkan hasil. Mula dikenali dan disanjung ramai kerana bakat mahirnya menjadi seorang Make Up Artist yg tidak perlu dinafikan lagi.

Bukan sahaja itu, dia juga dikenali kerana sikap humorisnya dan seorang yang masih mengekalkan loghat Kedahnya walaupun kini sudah dikenali ramai.

Jika dahulu Bella lebih selesa berkongsi tips solekan secara Live seorang diri sahaja, tapi kini Bella lebih sering ditemani suami tercinta yang bernama Anuar Ahmad.

Pasangan sejoli ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata yang cantik dan comel bernama Iris Alisya, Aidil Mikhail dan Aisy Ean Yusuf.

Dahulu Bella lebih sering berkongsi jenis solekan untuk pengantin, harian dan ringkas. Tetapi Bella kini dilihat mula mengikuti trend solekan yang ‘rare’ seperti Barbie, Jasmine, Maleficent dan banyak lagi.

Apa yang menarik minat kali ini, apabila Bella dan suaminya telah mencuba solekan seram seakan ‘vmpire’ dari watak Corpse Bride.

Bella telah memuatnaik videonya dengan make-up tersebut di laman Instagramnya sambil memegang Ean iaitu anak bongsunya yang masih kecil. Walaupun muka Bella kelihatan seram, tetapi Ean dilihat sangat tenang melihat ibunya yang sudah bertukar wajah.

Memang ramai peminat terkejut dan teruja dengan reaksi Ean yang langsung tidak memberikan reaksi takut melihat ibunya itu. Mereka juga rata-rata memuji anak bongsu kepada Bella itu comel dan tidak lupa untuk memuji hasil make-up Bella yang begitu bagus.

Tak sabar nak lihat versi apa pula solekan yang bakal ditunjukkan Bella selepas ini. Diharap Bella dapat membawa bakatnya ke peringkat yang lebih tinggi selepas ini kerana telah mahir berbagai jenis solekan termasuk watak-watak yang disiarkan oleh negara luar.

Sumber: Instagram Mua Bellaz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!