“Satu Malaysia jeles tengok Kak Dayah” – Netizen

Setelah berpisah hampir setahun dengan suaminya, bekas pengacara nasi lemak kopi ‘O’ Dayah Bakar kini sedang menikmati kehidupan barunya bersama suami dan anak di Sydney Australia. Dayah yang dahulunya terpaksa berpisah dengan suaminya yang bekerja sebagai seorang pegawai tentera menempuhi dugaan penuh liku apabila menjalani tempoh kehamilan pertama, proses melahirkan dan proses berpantang tanpa kehadiran suami di sisi.

Kecekalan beliau mengharungi dugaan tersebut mendapat perhatian para peminat dan netizen yang kagum dengan semangat dimiliki oleh bekas pengacara berkenaan. Di khabarkan Dayah dan anaknya Fahri akan menetap di Sydney kerana mengikuti suaminya yang bertugas di sana.

Ibarat kata pepatah setelah hujan pasti akan tibanya pelangi, begitulah kehidupan yang dilalui oleh Dayah kini. Menerusi beberapa perkongsian Dayah di instagram, dapat dilihat beliau sedang bergembira dengan kehidupan barunya di sana.

Terkini, Dayah telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan keindahan kota Sydney dan beliau berkongsi video tersebut buat tatapan para peminatnya.

Dalam video berkenaan juga turut di paparkan aktiviti seharian beliau di sana. Dayah, suami dan anaknya Fahri dilihat sedang bergembira menikmati suasana dan pemandangan di kota Sydney.

Apa yang menarik perhatian apabila kehidupan masyarakat di kota Sydney yang tidak lagi memakai pelitup muka dan menjalani kehidupan seperti sedia kala. Dayah dan keluarganya juga kelihatan sangat sihat dan gembira.

Menjengah keruangan komen ramai yang mencemburui kehidupan Dayah dan keluarganya di sana.

Netizen dan para peminat yang mengikuti perkembangan Dayah dan kehidupan keluarganya di sana juga turut berdoa supaya k3s c0v1d dalam negara agar segera berakhir dan berharap untuk kembali menjalani kehidupan seperti sebelum ini.

Ramai yang sudah merindui untuk melakukan aktiviti seharian seperti biasa. Berikut dikongsikan beberapa komen yang ditinggalkan netizen.

Siapa yang tak cemburu dengan negara lain yang sudah boleh melakukan aktiviti seperti biasa dan bergerak bebas tanpa perlu memakai pelitup muka lagi.

Namun selagi k3s c0vd dalam negara kita tidak menurun kita semua tidak akan mampu untuk mencapai hasrat tersebut.

Kerjasama semua pihak adalah perlu bagi memastikan usaha tersebut dicapai. Marilah kita sama-sama berdoa semoga pandemic c0v1d ini segera berakhir.

Sumber : ig dayah bakar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!