“Sy harap Dato pakai seluar dalam ketat sikit lps ni kalau ada nk wat video mcm ni lg” – Zizan Razak

Bukan senang untuk jadi terkenal. Ia memerluukan sifat yang terbuka untuk menerima apa sahaja kritikan orang atau netizen. Untuk menjadi terkenal pada zaman kini juga sangat mudah. Sudah terdapat pelbagai medium untuk sesiapa menunjukkan bakat mereka dan dikenali oleh sesiapa yang melihatnya. Namun, ada juga yang bukan sahaja nenonjolkan bakat masing-masing. Ada juga orang yang tidak berapa berbakat mencuba untuk dilihat sebagai orang yang berbakat semata-mata untuk meraih perhatian.

Dato’ Aliff Syukri sentiasa mempunyai isu kontroversi tentang dirinya. Kita sudah ketahui beliau seorang usahawan berjaya namun beliau mungkin mahukan lebih lagi perhatian daripada itu.

Sebelum ini, beliau telah mencuba untuk menjadi penyanyi dengan membikin beberapa lagu namun dikecam teeruk oleh netizen kerana beliau tidak mempunyai bakat menyanyi langsung.

Baru-baru ini, beliau berkongsi sebuah video dimana beliau mencuba untuk menari salah satu tarian Tiktok.

https://www.instagram.com/p/CQJN8ZfJVVD/?utm_medium=copy_link

Didalam video tersebut, dilihat beliau bersungguh untuk menari tarian Tiktok tersebut dan mengikuti setiap rentak lagu itu. Beliau sempat berkata dikapsyen beliau bahawa beliau telah berusaha praktis rentak tarian itu sebanyak 10 kali sebelum membuat video tersebut.

Netizen kebanyakannya tidaklah memberi komen positif atau neg4tif. Cuma mereka menganggap apa yg dilakukan Dato’ Aliff adalah kerana mengisi kebosanan ketika dalam tempoh PKP.

Namun, ada juga yang menasihati dengan berkata terdapat banyak lagi perkara yang lebih berfaedah daripada menari Tiktok.

Sementara itu, Zizan Razak dan artis lain turut tidak melepaskan peluang untuk memberi komen ke atas tarian Dato.

Netizen seharusnya bersikap terbuka sikit. Mungkin juga Dato’ sedang bosan seperti orang lain dan membuat Tiktok kerana sudah bosan berada di rumah. Mungkin juga ini cara Dato’ bergurau dengan pengikut-pengikutnya di laman ig beliau.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!