“Dulu org pngil sy Snow White Malaysia sbb putih, skrg dh tiba masa turunkn tahta kt si comel ni ” – Zizie Izette

Kecantikan seseorang itu adalah satu anugerah atau kurniaan dari Tuhan kepada makhluknya. Namun, kecantikan itu bukan sahaja tertakluk kepada rupa paras sahaja pada masa kini tetapi juga pada adab dan perilaku. Kecantikan seseorang itu selalunya dilihat seperti diwarisi daripada ibu dan wanita sebelumnya. Ini kerana rupa paras akan mengikuti genetik yang sudah berada didalam dar4h kita.

Siapa tidak mengenali bekas pelakon wanita yang dahulunya sangat popular dengan lakonan kelakar beliau, Zizie Izette. Beliau yang juga mewarisi bakat lakonan dan kecantikan ibunya sekarang sudah menjadi surirumah sepenuh masa dan ibu kepada 5 orang anaknya.

Beliau sering dilihat suka melayani kerenah anak-anaknya yang masih kecil di laman ignya. Bukan itu sahaja, beliau juga dilihat suka menggayakan anak-anaknya mengikut kesukaan anak-anaknya masing-masing.

Baru-baru ini, beliau berkongsi beberapa keping gambar anak perempuannya yang sungguh

https://www.instagram.com/p/CQKopdflHwE/?utm_medium=copy_link

Dalam gambar tersebut anaknya yang bernama Aalisabelle Izette menggayakan baju seorang puteri Disney iaitu Snow White.

Menurut ibunya, beliau sudah boleh turun takhta ‘Snow White Malaysia’nya kepada anaknya itu kerana anaknya bukan sahaja cerah, tetapi juga seorang yang bertolak ansur, penyayang, suka menyanyi dan haiwan seperti watak Snow White.

Beberapa rakan artis dan netizen sungguh terpegun melihat kecomelan Aalisabelle memakai baju seorang puteri dan memuji kecomelan beliau.

Kecil-kecil cili padi. Itu yang sesuai untuk mengatakan tentang Aalisabelle. Bukan sahaja comel dan cantik, anak ini juga punyai sifat penyayang dan bijak tolak ansur. Pastinya semua ini diwarisi daripada ibunya.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!