“Macam ikut muka daddy dia jer” – Netizen

Ain Edruce baru-baru ini telah berkongsi wajah anak sulung beliau menerusi para peminat di saluran youtube beliau. Ain dan suami sepakat untuk memberikan nama Soraya yang membawa maksud cantik buat puteri sulung mereka itu. Menerusi video yang dimuatnaik di saluran youtube itu juga Ain turut berkongsi pengalaman pertama beliau dan suami bergelar ibu bapa dan proses kelahiran beliau di hspital.

Menariknya semasa sedang menunggu waktu kelahiran beliau masih sempat memuatnaik video tiktok. Suasana santai beliau dibilik bersalin itu turut meraih perhatian netizen yang merasa kagum dengan sikap tenang Ain.

Baru-baru ini pakaian Ain untuk ke hspital telah ditegur oleh netizen kerana memakai seluar panjang dan berkemeja semasa temujanji ke hspital.

Netizen merasakan pakaian yang dikenakan oleh Ain tidak sesuai digayakan oleh wanita yang sedang berpantang.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, semasa soalan mengenai pakaian berpantang diajukan kepada suaminya, Amirul memandang sudut positif isu itu dan merasakan netizen hanya mengambil berat keadaan Ain dan menasihati Ain untuk kebaikan beliau di masa depan.

Terkini, Ain telahpun memuatnaik satu video terkini yang memaparkan beliau sedang memangku anaknya Soraya dan mengusap dahi si comel itu untuk ditidurkan.

Menurut Ain, setelah memiliki anak, baharulah beliau sedar perasaan menjadi seorang ibu. Menerusi video tersebut dapat dilihat begitu mendalam kasih sayang Ain terhadap puteri sulungnya itu.

Melihat wajah terkini anaknya Soraya, ramai netizen yang berpendapat raut wajah terkini anaknya itu semakin seiras dengan suaminya Amirul.

Kelihatan Ain juga semakin gembira dengan status baru dan menikmati kehidupan beliau yang kini bergelar ibu itu.

Video yang dimuatnaik oleh Ain itu juga bagaimanapun telah mengubati kerinduan para peminat terhadap gelagat pasangan tersebut.

Ain Edruce yang telah selamat melahirkan anak sulung beliau pada 19 Mei yang lalu kini sudah hampir sebulan menjalani tempoh berpantang. Walaupun sudah bergelar ibu namun sikap ting tong dan masuk air Ain masih sama seperti dahulu.

Tidak kering gusi jika menonton gelagat dan kerenah beliau bersama suaminya. Ada sahaja idea pasangan ini untuk mengusik antara satu sama lain.

Sumber : ig ain edruce

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!