“Konon nak tiru scene Rindu Awak Separuh Nyaawa, tapi dah jadi Gelak Separuh Nyaawa” – Norreen

Apabila sudah hidup berpasangan yang halal, kita harus bersifat terbuka dengan pasangan masing-masing. Bersifat terbuka itu tidaklah hanya kita harus memahami kekurangan pasangan sahaja, tetapi kita harus terbuka juga dengan senda gurau pasangan dengan kita. Atau dalam erti kata lain, kita boleh bersifat terbuka untuk ‘blend in’ dengan lawak atau gurauan yang sedang pasangan kita lakukan.

Kita tidak asing lagi dengan pelakon dan instafamous, Norreen dan suaminya. Di dalam ig beliau sering terlihat keserasian beliau bersama pasangan beliau yang bernama Razzi Razak.

Pelakon gempal yang cantik ini sentiasa dilihat sebagai seorang isteri yang sangat ‘happy-go-lucky’ bersama suaminya. Dan suaminya pula sering dilihat suka melayan kerenah isterinya itu.

Baru-baru ini, Norreen ada berkongsi beliau bergurau senda dengan suaminya di dalam kereta mereka.

Dilihat di dalam video tersebut, Norreen mengajak suaminya cuba meniru dialog sepotong ‘scene’ dari drama bersiri ‘Rindu Awak Separuh Nyaawa’ memandangkan Norreen juga turut menjayakan sebuah watak didalam drama tersebut.

Namun, ianya menjadi satu perkara yang kelakar buat Norreen dan suami kerana mereka jarang untuk mencuba memberi dialog romantis antara satu sama lain.

Netizen sangat terhibur dengan keletah suami isteri ini dan ramai yg berkata mereka suka melihat pasangan seperti Norreen dan suami kerana mereka sangat kelakar.

Bukan itu sahaja, ada juga yang berkata mereka lebih ‘sweet’ dari pelakon hero dan her0in drama Rindu Awak Separuh Nyaawa.

Suka betul lihat pasangan ini. Gelak tawa mereka menunjukkan bahawa keserasian dalam hidup berpasangan ini adalah amat penting untuk mengekalkan keharmonian sesebuah rumahtangga.

Mana kan tidak, keserasianlah yg akan menentukan bahawa kita dan pasangan dapat atau tidak memahami antara satu sama lain.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!