“Ginilah gayanya bila orang kaya nak cakap dia ada banyak beg LV”- Pak Nil

Barangan berjenama mewah sudah sinonim buat golongan yang berharta dan dijadikan sebagai salah satu koleksi yang berharga buat mereka. Turut sama, golongan selebriti Malaysia juga kebanyakkannya mampu memiliki barangan mewah yang popular antaranya Louis Vuitton. Siapa sangka, Pengacara popular Datuk Aznil Haji Nawawi salah seorang pengumpul koleksi barangan mewah Louis Vuitton.

Datuk Aznil Haji Nawawi atau mesra dengan panggilan Pak Nil ini telah berkongsi gambar koleksi barang mewah miliknya menerusi laman Instagram. Bukan Pak Nil sahaja yang mengumpul barang-barang mewah, pengarah Michael Ang juga mempunyai koleksi Louis Vuitton dari sepasang kasut hingga lah sebuah bag.

Selepas melihat posting Michael Ang di Instagram, Pak Nil turut berkongsi barang mewah miliknya beserta kapsyen ‘Ginilah gayanya bila orang kaya nak cakap dia ada banyak beg LV, Pak Nil pun nak halalkan cara’.

Posting Pak Nil beserta kapsyennya itu ternyata menjadi perhatian pengikut-pengikutnya di Instagram. Rata-ratanya teruja melihat koleksi mewah Pak Nil yang telah dikumpul antaranya sepasang kasut, dompet, beg sandang dan macam-macam lagi. Beruntung sungguh Pak Nil.

https://www.instagram.com/p/CQH667rtlDd/?utm_medium=copy_link

“Ya Allah banyaknya collection LV, saya nk beli satu pun tak mampu. Mampu tengok rezeki orang lain jelah”- Netizen

“Sedekah lah dekat saya satu, Pak Nil”- Netizen

Rezeki buat Pak Nil dapat kumpul barang-barang LV, Alhamdulillah.. Lepas ni mana tahu turn kita pula kan, hehe

Sumber: Instagram aznilnawawihm

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!