“Kening tebal sgt, cuba nipiskan sikit”- Netizen

Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon wanita Nora Danish. Pasti ramai mengenali Nora Danish yang berwajah cantik dan kekal muda dari usianya yang sebenar. Bukan setakat wajah yang cantik, lakonannya juga mantap dan menjadi pilihan ramai penonton. Seperti yang kita ketahui, Nora masih bergiat aktif dalam bidang lakonan dan juga model.

Baru-baru ini, Nora kelihatan aktif semula dalam bidang model selepas menjadi salah satu duta untuk produk tudung terbaru keluaran Minaz selepas berkongsi sebuah foto di laman Instagram.

Foto tersebut memperlihatkan Nora sedang bekerjasama bersama Minaz untuk produk tudung mslimah.

Wajah Nora yang cantik dan berbadan kecil molek itu semestinya sesuai untuk menjadi model bagi tudung mslimah. Manis sungguh Nora bertudung.

Ramai netizen masih mendoakan yang terbaik buat Nora dan berharap agar pelakon kesayangan mereka ini bakal menutup aurat yang lebih sempurna suatu hari nanti.

Foto Nora bertudung itu telah menerima 9,000 tanda suka oleh netizen. Rata-rata netizen suka dengan gambar Nora bertudung litup.

Jika lihat pada Instagram Nora, beliau ada juga memuatnaik beberapa foto dirinya bertudung. Setiap kali foto tersebut dikongsi, pasti peminat-peminatnya teruja melihat Nora bertudung.

Nora ni bila bertudung, memang cantik sangat. Suka tengok Nora pakai tudung.. Ramai doakan yang terbaik buat Nora, semoga diberi hidayah buatnya.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!