“Beria Daddy ni tabur bunga ros, ingat nak sweet buat surprise, rupa rupanya” – Aamyra Rosli

Bini siapa yang tidak gembira kalau diberi kejutan oleh suami tercinta, kan? Perempuan memang gemar menerima hadiah secara ‘surprise’ dari kekaasih hati. Nampak romantik dan rasa seperti segala penat-lelah menguruskan hal rumah tangga dihargai oleh sang suami. Tapi bukan semua lelaki ni romantik dan rajin mahu membuat kejutan buat isteri tau.

Ada sahaja suami yang memilih untuk menyuruh isteri membuat kerja rumah tapi secara kreatif. Ala, tengok je kat TikTok, berlambak rakaman video aksi ala-ala romantik sang suami yang kononnya mahu buat kejutan kepada bini padahal rupa-rupanya nak suruh bini buat kerja rumah pulak. Alahai, ada udang di sebalik batu betul lah.

Seperti yang dilalui oleh pelakon jelita Aamyra Rosli, yang mana beliau sudah mendirikan rumah tangga bersama dengan Amar Baharin sejak tahun 2016 lagi. Dalam video perkongsian Aamyra yang dimuatnaik menerusi akaun Instagramnya, Amar yang kononnya beria-ria sangat menabur kelopak-kelopak bunga ros di atas lantai kelihatan seperti telah menyediakan satu ‘hadiah’ buat Aamyra.

Dengan perasaan yang membuak-buak ingin tahu, Aamyra dengan gembira mengikuti sahaja laluan kelopak bunga yang sudah ditabur Amar. Akhirnya, di atas tungku gas, terdapat setangkai bunga ros bersama-sama dengan sekeping surat yang ditulis oleh Amar. Dengan senyuman yang panjang lebar Aamyra menghidu bunga tersebut yang harum sambil tangan membelek surat yang diletakkan di bawah bunga ros itu.

“Suka tak bunga rose tu? Sweetkan Daddy. Sayang… Daddy lapar.. tolong masakkan kambing perap ni. Thank you so much intan payung,” alahai, sangkaan Aamyra meleset apabila surat Amar sebenarnya hanya nak suruh Aamyra masak kambing perap.

Kasihan Aamyra. Nakal sungguh Amar mengusik Aamyra ya. Siap bagi ‘prank’ bagai buat isteri tercinta. Hiilang terus senyuman menawan Aamyra apabila mengetahui tujuan sebenar suaminya tabur-tabur kelopak bunga ros. Cara tu dah romantik, tapi rupanya digunakan untuk menyakat Aamyra pula. Kahkahkah.

Walaupun baru 21 jam yang lalu video ini telah dikongsikan oleh Aamyra, namun sudah berjaya memperolehi sebanyak 305,235 tontonan dan 456 komen. Video yang berdurasi kurang daripada 2 minit ini nampaknya berjaya mencuit ramai hati netizen.

Rata-rata netizen terhibur semasa menonton video perkongsian Aamyra ini yang tampaknya sweet rupa-rupanya tidak hehehe.

Rupa-rupanya, video Aamyra ini tidak lain tidak bukan bertujuan untuk mempromosikan produk kambing perap buatan pakmatwesterncafe.

Ramai juga netizen yang menyokong Aamyra mengenai kelazatan kambing perap ini. Patutlah Amar pun jadi kreatif dan ‘romantik’ nak suruh Aamyra masak kambing perap ni ya. Hehehe..

Sumber: Instagram Aamyra Rosli

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!