“Dah boleh nyanyi lagu Isabella versi mandarin” – Netizen

Penguasaan bahasa ketiga sememangnya sangat digalakkan dalam kehidupan seharian kita. Selain dari berbahasa Melayu dan bahasa Inggeris, bahasa Mandarin juga dapat memberikan lebih kebaikan di masa akan datang. Penguasaan bahasa ketiga ini tidak mendatangkan kerugian jika dipelajari namun jnganlah kita mudah lupa untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan kita iaitu bahasa Melayu.

Malah, ibu bapa pada zaman serba moden ini sudah mula menghantar anak-anak belajar bahasa Mandarin supaya mereka didedahkan dengan ilmu bahasa ketiga. Tidak terkecuali, anak kepada pelakon Nabila Huda iaitu Keisha sangat mahir bertutur bahasa Mandarin.

Keisha mula mempelajari bahasa ketiga itu pada musim PKP 2.0 atas permintaan ibunya. Siapa sangka, selepas berbulan-bulan Keisha belajar bahasa mandarin melalui kelas online, anak tunggal Nabila Huda itu sudah pandai menguasai bahasa mandarin dengan baik. Tahniah buat Keisha

Dengan perasaan teruja, Nabila Huda telah berkongsi keputusan cemerlang anaknya melalui peperiksaan online bahasa mandarin.

Turut sama, video anaknya bertutur bahasa mandarin bersama gurunya juga dimuatnaik oleh nabila huda. Keisha kelihatan cukup fasih dan teratur pertuturan bahasa mandarin yang diungkapkan.

Posting Nabila telah menjadi perhatian netizen apabila rata-ratanya teruja melihat pencapaian Keisha menguasai bahasa mandarin walaupun baru menginjak umur 11 tahun.

Rakan-rakan artis juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah buat Keisha yang semakin membesar dengan bijak itu.

Posting video yang dimuatnaik Nabila Huda telah menerima 28 ribu tanda suka dan ratusan komen positif dari netizen.

Namun, ada salah seorang netizen memberi komen dengan mengingatkan Nabia dan anaknya supaya tidak lupa dengan bahasa melayu.

Ada betulnya juga yang diperkatakan oleh netizen tersebut. Kita sememangnya boleh menguasai bahasa ketiga namun janganlah kita lupakan bahasa jiwa bangsa kita ye. Bahasa Melayu tetap di hati rakyat Malaysia.

Sumber: instagram kupu_kupu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!