“Satu apa aku tak phm dia ckp, dia nyanyi ke membebel”- Netizen

Penyanyi Haqiem Rusli mula di kenali sejak beliau masih kecil apabila penyanyi berkenaan menyertai pertandingan Idola Kecil. Beliau kemudiannya menyertai pelbagai pertandingan nyanyian untuk menimba ilmu dan melebarkan kerjaya seninya. Tuah akhirnya menyebelahi beliau apabila lagu beliau yang berjudul Segalanya mendapat tempat di hati para peminat dan seterusnya beliau memenangi Anugerah Juara Lagu menerusi lagu Terg4ntung Sepi.

Haqiem menamatkan zaman bujang dalam usia yang agak muda. Beliau mendirikan rumahtangga pada 19 November tahun lalu bersama seorang wanita kelahiran Kelantan bernama Anis Sofea.

Ramai netizen yang kagum dengan kejelitaan yang dimiliki oleh isteri Haqiem Rusli itu dan rata-ratanya berkata wajah Anis Sofea atau nama sebenar gadis tersebut Wan Anis Sofea persis usahawan dan model terkenal iaitu Hanis Zalikha. Tidak kurang juga yang menyamakan wajah beliau turut seiras penyanyi Elizabeth Tan.

Perkenalan Haqiem Rusli dan isteri beliau itu khabarnya bermula terlebih dahulu sebagai rakan kongsi perniagaan sekitar dua tahun lalu apabila mereka berdua sepakat untuk membuka restoran ‘steambot’.

Para peminat dan rakan artis berkongsi rasa gembira dan teruja mereka di atas pernikahan Haqiem itu apabila turut membanjiri ucapan tahniah dan doa buat kedua- dua mempelai. Isteri Haqiem juga baru berusia 20 tahun dan kelihatan masih malu- malu.

Meskipun telah mendirikan rumahtangga namun pasangan muda ini jarang berkongsi kisah peribadi mereka menerusi media sosial.

Menyelak perjalanan kerjaya seni penyanyi muda ini, terkini Haqiem baru sahaja selesai menjayakan konsert dan persembahan sempena Malam Mimpi Haqiem Rusli buat para peminat beliau. Sedutan rakaman konsert berkenaan telah di kongsikan kembali menerusi Instagram rasmi radio Era.

Tanpa di sangka, Isteri Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea turut membuat kejutan menyanyikan bahagian rap lagu Pink Ven0m yang merupakan lagu nyanyian asal kumpulan popular korea selatan Black Pink.

Mengintai keruangan komen, ramai netizen yang tidak menyangka dengan kejutan persembahan yang di lakukan oleh Anis Sofea itu. Apatah lagi isteri Haqiem Rusli itu membuat kemunculan berani dengan menyanyikan bahagian rap sedangkan Anis sebelum ini kelihatan pemalu.

Walaupun mempunyai kekurangan apabila mendapat respon yang kurang baik daripada netizen, namun usaha beliau untuk menunjukkan sokongan buat konsert suaminya tetap mendapat pujian daripada para peminat Haqiem sendiri. Jom kita tengok apa lagi komen netizen.

Mungkin Netizen terlalu mengambil serius dengan persembahan Anis. Buat para peminat Haqiem, mereka masih terhibur dngan persembahan Anis memandangkan isteri Haqiem itu hanya mahu memberikan sokongan buat Haqiem.

Sumber: ig era.je

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!