“Muka sepesen je husband and wife” – Netizen

Kalau dah adik-beradik sepusat sepusing tu lazimnya memanglah wajah dan rupa pun sepesen saja. Maklumlah mempunyai bapa yang sama dan keluar dari rahim ibu yang serupa. Macam adik-beradik ‘Sharifah’ ini, sama saja air muka mereka empat beradik. Lihat saj4lah perkongsian hantaran personaliti dan juga pelakon, Sharifah Amani ni…

Selain Amani, tiga beradiknya yang lain ialah kakaknya, pelakon, Sharifah Aleya dan dua adiknya, Sharifah Aleya dan Sharifah Aryana. Mereka juga sama-sama terlibat dalam bidang seni.

Mesti dah lega rasa orang tua mereka iaitu pelakon yang juga guru bahasa Inggeris, Fatimah Abu B4kar dan Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin Al-Yahya, apabila anak-anak dah besar.

Tambahan pula masing-masing kini sudah mempunyai pasangan hidup dan keluarga masing-masing. Amani sendiri baharu mendirikan rumah tangga pada 10 September lalu.

Menariknya dalam perkongsian isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Impact Integrated, Ahmed Faris Amir kali ini memperlihatkan Amani empat beradik dan pasangan hidup mereka sekali.

Apa yang menancap pandangan netizen ialah suami masing-masing pun wajah nak dekat sama macam adik-beradik. Eh… Pandai pula mereka ni pilih muka suami nak dekat sama ya…

Sudahnya bila semua dapat berkumpul sekali macam kali ni, dah macam adik-beradik kandung pulak gayanya. Untunglah… Apa pun tiada daya kita, semua Dia yang mengatur kan…

“Uols dapat suami semua muka sama dgn iols… Panjang jodoh bak kata org tua2”, “Ya Allah cam adik-beradik semua. Muka u guys dgn pasgn semua macam satu cetak”.

“Alhamdulillah kalau tengok betul masing-masing punyai sama muka dengan pasangan. But I really cannot dgn Amani totally 100% sama”. Itu antara komen netizen.

Tak kurang yang mendokan agar jodoh mereka berpanjangan hingga ke akhir hayat. Yang bestnya tu, semua nampak sweet dan bahagia. Alhamdulillah…Home sama kita turut doakan.

Sumber : IG Sharifah Amani

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!