“Sabar Nad, Dia bagi peluang jaga Som tu” – Netizen

Terdapat segelintir manusia dalam dunia ini yang sudah terbiasa bekerja. Orang sebegini adalah orang-orang yang sangat rajin mengusahakan hasil pendapatan mereka sendiri demi diri sendiri dan keluarganya. Apabila mereka tidak berkerja atau tidak melakukan apa-apa, mereka akan rasa seperti tidak sempurna hari-hari mereka. Makanya, mereka akan cuba mencari sesuatu perkara untuk mengisi masa lapang mereka tersebut untuk menghilangkan perasaan tidak sempurna itu.

Siapa tidak lagi mengenali pelakon wanita yang menjayakan drama popular ‘Takdir Yang Tertulis’, Nad Zainal. Nad Zainal yang sudah 14 tahun berada di dalam industri hiburan membuatkan beliau sudah terbiasa bekerja untuk jangka masa lama.

Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan sekarang ini, ramai artis terpaksa menangguh aktiviti lakonan mereka dan ini juga berlaku pada Nad Zainal.

Baru-baru ini,  Nad berkongsi sebuah video dimana beliau kelihatan bosan harus duduk di rumah kerana diberitahu aktiviti lakonannya akan ditangguh sehingga bulan Oktober.

Didalam video kongsian Nad tersebut, dilihat beliau sudah tidak bersemangat untuk melakukan kerja-kerja rumah kerana sudah bosan duduk di rumah.

Dilihat juga beliau mengongsikan keadaan anak keduanya, Budi Kalsom yang sangat comel sedang tidur di kamar biliknya. Di dalam ruangan kapsyen beliau mengatakan pihak produksi memberitahu aktiviti lakonannya akan bermula pada bulan Oktober.

Rakan artis beliau, Faye Kusyairi juga terkejut akan berita yang dikongsikan Nad tersebut dan Nad sempat membalas komennya mengatakan bahawa melihat dari kess cvd semakin meningkat maka haruslah mereka menangguhkan aktiviti lakonan.

Selain itu, ada juga netizen yang memuji kecantikan Nad walaupun tampak serabut dan kecomelan Budi Kalsom. Ada juga netizen yang memberi kata semangat kepada Nad untuk terus bersabar dan mungkin hikmah dapat duduk dirumah adalah dapat menjaga Budi Kalsom sepenuh masa.

Sememangnya tempoh perintah kawalan pergerakan ini sangat memberi impak besar dalam hidupan harian kita.

Memang sukar untuk kita menelan kepayahan ini namun demi untuk memulih kembali keadaan negara, ini mungkin jalan terbaik untuk seluruh masyarakat.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!