“Macam nampak Sharnaaz dgn Nabila kat situ” – Netizen

Selain daripada berlakon dan sibuk menguruskan perniagaan, Sharnaaz telah melangkah setapak lagi sebagai seorang youtuber dan membuat ulasan mengenai makanan-makanan yang dicadangkan oleh para peminat di saluran youtube beliau iaitu Sharnaaz Ahmad TV. Jika dilihat di ruangan komen di saluran youtube beliau, rata-rata peminat menyukai ulasan makanan yang dilakukan oleh Sharnaaz kerana pelakon drama Bukan Aku Tak Cinta itu sangat jujur dan tidak hipokrit ketika membuat ulasan.

Bagaimanapun ulasan makanan yang dibuat oleh Sharnaaz itu adalah lebih kepada selera dan citarasanya sendiri terhadap makanan. Setiap orang juga mempunyai pendapat masing-masing untuk menilai. Ada yang bersetuju namun tidak kurang yang mengkritik cara Sharnaaz mengendalikan ulasan berkenaan.

Menyingkap perkembangan terbaru kehidupan pelakon tersebut, Sharnaaz baru-baru ini telah turut serta menghulurkan bantuan dalam kempen bendera putih yang tular di dalam negara.

Sharnaaz memuatnaik hantaran mengenai inisiatif syarikatnya yang turut sama menghulurkan bantuan barangan keperluan harian itu menerusi sebuah video berdurasi 2 minit di instagram peribadinya meminta orang ramai menghebahkan video tersebut kepada golongan yang memerluukan bantuan.

Beliau dan kakitangan syarikat miliknya iaitu Mamu Legacy dan Sharnaaz Ahmad TV memulakan langkah berkenaan dengan 100 pek barangan sumbangan terlebih dahulu sebagai permulaan namun meminta kepada orang ramai yang prihatin untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan sekiranya berkemampuan.

Menariknya dalam video tersebut secara spontan juga Sharnaaz berkata dirinya melantik diri sendiri sebagai Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) untuk tampil membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Walaupun mempunyai rutin harian yang padat dengan pelbagai urusan kerja, namun sebagai bapa yang sangat penyayang, Sharnaaz tetap berkesempatan meluangkan masa bersama anak kesayangannya Jebat Jayden.

Terkini menerusi instagram, Sharnaaz berkongsi gambar terkini beliau bersama Jebat. Menurut Sharnaaz, anaknya itu kini sudah pandai bergaya apabila bergambar.

Jebat yang bakal menginjak usia 3 tahun pada bulan Ogos ini mempunyai tarikh lahir yang istimewa kerana berkongsi tarikh lahir berkenaan dengan babanya. Jebat Jayden dilahirkan pada 30 Ogos 2018 bersamaan pada hari lahir Sharnaaz yang ke 33 sewaktu Sharnaaz menimang cahaya mata sulungnya itu.

Rata-rata netizen tidak henti memuji kecomelan Jebat berserta rambut cendawannya. Mereka berkata terlalu geram dengan kecomelan wajah kanak-kanak tersebut dan tidak jemu serta sangat terhibur apabila melihat telatah Jebat bersama Sharnaaz.

Memandangkan saluran youtube Sharnaaz kini sedang mendapat sambutan menggalakkan daripada para penonton, ada netizen yang berkata Sharnaaz boleh mengajak anaknya untuk membuat kemunculan bersamanya di saluran berkenaan.

Ada juga netizen yang mengusik Sharnaaz supaya Jebat turut serta pula untuk membuat ulasan makanan kerana di bahagian caption gambar kebetulan pula Sharnaaz berkongsi bahawa Jebat sudah pandai melihat kamera dan pandai bergaya apabila gambarnya diambil.

Selain itu, ada juga yg beranggapan seperti Sharnaaz bergambar dgn Nabila kerana Jebat Jayden dikatakan sangat mirip dengan ibunya.

Setiap orang juga mempunyai pendapat masing-masing untuk menilai sesuatu makanan. Sharnaaz pula dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara.

Walaubagaimanapun disebalik kritikan yang diterimanya, jumlah pengikut saluran youtube beliau semakin bertambah. Jumlah tontonan setiap video juga turut bertambah membuktikan saluran youtube beliau sememangnya mempunyai peminat yang tersendiri.

Kecomelan Jebat Jayden memang tidak dapat dinafikan lagi. Jika muncul di saluran youtube Sharnaaz pasti menjadi tetamu undangan paling comel pernah dijemput ke saluran youtubenya itu. Mudah-mudahan Sharnaaz sentiasa berbahagia dengan anaknya itu sampai bila-bila.

Sumber : ig sharnaaz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!