“Saya pun bukan suka Shuk, tapi janganlah sampai aibkan dia” – Netizen

Setiap manusia dalam dunia ini pasti mempunyai kesilapan dan sejarah hiitam masing-masing. Tetapi berbeza jika menjadi seorang selebriti hiburan yang dikenali ramai, setiap gerak-geri lebih-lebih lagi kesilapan individu tersebut pasti akan menjadi bahan bicara orang ramai. Mereka biasanya tiada jalan lain selain hanya bersabar dan diam dengan apa sahaja kecaman yang dilemparkan.

Rancangan terkenal I can See Your Voice Malaysia yang disiarkan di TV3 ini sudah meraih penonton yang ramai sejak musim pertama lagi hingga kini. Menjemput Issey Fazlisham sebagai penyiasat jemputan ternyata telah mendapat kecaaman ter0k dari netizen.

Issey didapati telah mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya dalam rancangan tersebut. Kenyataan itu telah ditujukan kepada hos Shuk Sahar tentang berita kontr0versinya yang pernah berlaku cuurang sebelum ini.

Tidak senang dengan perkara itu, para netizen rata-ratanya sangat maarah dan tidak senang atas perbuatan Issey yang telah memaluukan Shuk Sahar dalam rancangan yang ditonton ramai itu.

Sedar akan khilafnya yang terlalu bersahaja berkata yang tidak sepatutnya, Issey sendiri telah mengeluarkan kenyataan permohonan maafnya kepada semua. Dia mengakui kesalahannya yang telah membuat lawak tentang masalah peribadi Shuk dalam rancangan tersebut adalah salah.

Issey juga mengatakan bahawa dia berjanji kejadian seperti ini tidak akan berulang kembali dan berterima kasih kepada semua netizen atas nasihat dan peringatan yang diberikan.

Setiap manusia tiada yang sempurna dan memang tidak lari dari membuat salah. Issey sendiri sudah sedar dan mengakui kesalahannya itu.

Diharap para netizen tidak mengeruh dan membesar-besarkan lagi keadaan ini agar masing-masing dapat meneruskan kehidupan dan kerjaya seperti biasa tanpa ada sebarang tomahan negatif.

Sumber: Instagram Issey Fazlisham

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!