“Lebatnya rambut si hensem ni” – Netizen

Kehidupan usahawan dan pengacara terkenal Neelofa sering kali menjadi tumpuan orang ramai. Sehingga kini sejak beliau melahirkan anak lelakinya yang di beri nama Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu, ramai peminat yang sudah tidak sabar lagi untuk melihat wajah comel anaknya itu. Namun begitu atas faktor keselamatan, Neelofa mengambil keputuusan untuk tidak mendedahkan wajah anaknya itu.

Sejak dalam fasa mengandung, dan setelah melahirkan anak, ramai yang menantikan untuk melihat dan mendengar sendiri perkongsian selebriti dan usahawan terkenal Neelofa mengenai anak dan kehidupan rumahtangganya itu.

Namun begitu, selebriti dan usahawan tudung tersebut tidak mahu mendedahkan mengenai kehidupan rumahtangganya dan hanya berkongsi mengenai kelahiran anaknya pada Januari yang lalu.

Keputuusan selebriti itu menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai. Meskipun para peminat beliau menghorm4ti keputuusan beliau namun ada segelintirnya yang mempertikaikan tindakan berkenaan.

Tambahnya lagi, beliau tidak berniat untuk menyorok anaknya daripada tontonan umum melainkan hanya menunggu waktu yang sesuai supaya anaknya lebih kuat.

Bagaimanapun, Neelofa berterima kasih kepada pihak tertentu termasuk selebriti yang bersetuju dengan tindakannya tidak mendedahkan wajah Bilal meskipun ada yang mengencam.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram peminat Neelofa, beberapa gambar terkini anak sulung Neelofa iaitu Muhammad Bilal telahpun di kongsikan.

Melihatkan aktiviti terbaru Bilal, pastinya menggembirakan para peminat usahawan tersohor itu. Hantaran berkenaan memaparkan gelagat bayi sulung Neelofa itu sedang merangkak masuk ke bawah sofa dan tidak dapat keluar dari situ.

Gelagat Bilal berkenaan membuatkan para pengikut usahawan tersohor itu terhibur dan merasa geram dengan kecomelan Muhammad Bilal. Apatah lagi melihatkan rambut Bilal yang cukup lebat persis bayi perempuan pada sekilas pandang.

Menjengah keruangan komen, Netizen berkata, rambut lebat Muhammad Bilal membuatkan mereka dapat membayangkan wajah comel bayi tersebut yang pastikan sangat comel dan hensem. Berikut di kongsikan komen – komen netizen.

Menjawab pertanyaan yang sering di ajukan, Neelofa sebelum ini pernah berkata beliau hanya memohon sedikit lagi waktu untuk berkongsi wajah anak sulungnya, Muhammad Bilal meskipun terdapat segelintir pihak yang menjadikan isu peny4kit ‘Ain sebagai bahan gurauan di media sosial.

Apa yang lebih penting adalah menjaga kesihatan anaknya dan memastikan Bilal dapat membesar dalam persekitaran yang baik. Mengulas lanjut mengenai perancangan beliau terhadap anaknya itu, Neelofa berkata beliau juga sepertimana juga ibu yang lain mahu melihat anaknya membesar seperti kanak-kanak normal yang lain.

Sumber: ig lofa.page

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!