“Mempertahankan perkahwinan tu bukan satu perkara yang mudah”- Dato Aliff Syukri

Alam perkahwinan sememangnya banyak cabaran. Tiipulah jika sesebuah perkahwinan itu tiada sebarang dugaan, sudah pasti ada cabaran yang perlu ditempuh bersama pasangan anda. Namun di sebalik cabaran dan dugaan yang dilalui, ada juga terselitnya kenangan manis sepanjang bergelar suami isteri. Begitulah asam garam kehidupan pasangan yang berkahwin, yang penting susah senang bersama.

Begitu juga buat pasangan Dato Aliff Syukri bersama isteri tercinta, Datin Shahida yang telah banyak lalui suka duka dalam perkahwinan mereka selama hampir 15 tahun.

Siapa saja yang tidak mengenali usahawan terkenal ini yang banyak berkongsi kehidupannya di laman sosial media. Dan posting terbaru yang dimuatnaik Aliff, dibuat khas untuk isteri tercinta.

Aliff menerusi kapsyen yang ditulis, memberitahu beliau sangat menghargai kehadiran isterinya yang cukup baik, setia dan susah senang bersama.

Bagi Aliff sendiri, mempertahankan alam perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang mudah dan beliau sendiri cukup bersyukur dengan rumah tangga yang dibina hampir 15 tahun itu bersama isterinya.

Aliff juga akui, kebahagiaan bersama keluarga bukanlah sesuatu yang boleh dibeli dengan wang ringgit. Dan beliau turut meminta netizen mendoakan agar perkahwinannya kekal hingga jannah.

Dalam pada itu, posting video Aliff bersama isterinya telah dikongsi di Instagram sehingga menerima 278,000 tontonan.

Ramai netizen titip doa buat Aliff dan Shahida memohon agar rumah tangga mereka kekal bahagia selamanya.

Jika lihat pada Instagram Aliff,banyak posting video dan gambar mesra bersama isteri dikongsi. Syukur alhamdulillah buat pasangan sama cantik sama padan ni..

Semoga kekal bahagia ye Dato Aliff dan Datin Shahida, Makin sweet tengok dato sekarang..

Sumber: Instagram aliffsyukriterlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!