“Dulu suka tengok Mia Sara berlakon, skrg dh besar dah” – Netizen

Dahulunya pelakon cilik Mia Sara cukup hebat berlakon di waktu kecilnya sehinggakan banyak pihak produksi melamar Mia. Memang tak dinafikn, Mia sangat berbakat dalam bidang lakonan meskipun baru setahun jagung umurnya. Masa berlalu dengan cukup pantas, kini Mia sudah membesar sebagai seorang remaja dan memiliki rupa paras yang cantik.

Kehebatan Mia dalam lakonannya satu ketika dahulu, menjadikan dirinya antara pelakon cilik yang telah berjaya memenangi beberapa anugerah sebelum ini.

Mengikuti perkembangan Mia yang terkini, Mia yang sudah memasuki usia 16 tahun ini membuatkan ramai netizen tidak sangka Mia sudah bergelar seorang remaja.

Dahulunya Mia terkenal dengan gelagat comelnya yang spontan dan mampu menghiburkan ramai penonton.

Baru-baru ini, foto yang dimuatnaik Mia telah menjadi perhatian netizen. Foto tersebut menunjukkan Mia ralit bersolek dan tetap comel sama seperti dulu. Cantiknya Mia sekarang..

Foto terbaru Mia telah menerima 50,000 tanda suka dan pelbagai reaksi diberikan oleh netizen pada ruangan komen.

Rata-ratanya memuji wajah comel Mia dan suka melihat perkembangan Mia yang cantik bertudung serta menutup aurat.

Mia yang sudah lama mengambil keputusan untuk memakai tudung sebelum ini telah membuatkan ramai netizen kagum dengan penghijrahan Mia.

Agak-agaknya bila lah Mia nak buat come back berlakon lagi kan? Rindu nak tengok Mia berlakon drama..

Sumber: Instagram therealmiasara

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!