“Betullah kata orang, lelaki hensem ni setia, Tahniah” – Netizen

Memiliki kediaman sendiri sememangnya sangat diidamkan oleh setiap pasangan yang sudah berumahtangga. Yalah rumahku ibarat syurgaku. Dengan adanya kediaman sendiri, apatah lagi rumah impian sudah tentulah lebih membahagiakan serta melengkapkan kehidupan. Menjengah perkongsian pelakon, Izzue Islam yang belanja suasana di rumah baharunya, memang terpancar sungguh wajah kegembiraan pada air mukanya dan isteri yang juga pengurusnya, Nurinafilah Waharudin.

Cantik dam besar rumah mereka. Tak sia-sia kerja keras Izzue dan Nurinafilah yang pastinya mengatur perjalanan kerjaya suaminya dengan baik selama ini. Jika tidak, barangkali selain izinNya, agak sukar memiliki kediaman yang menjadi idaman ramai ini.

Selain netizen, tak kurang juga rakan artis yang memberikan respons dan bangga dengan pencapaian mereka itu. Antara yang mengucapkan tahniah, pelakon, Fizo Omar, Alif Satar, Catriona Rose, Achey Bochey dan beberapa selebriti lain serta instafamous.

“Rezeki dr doa anak2 bulus jg tu, doakan daddy n mommy nya. Moga lps ni ada rezeki timang anak sendiri pula”, “Alhamdulillah, unit Norton tu..bkn kaleng-kaleng”, “Wow besaqnya rumah. Rumah besaq penghuni kne besaqla lpsni”. Itu antara layangan komen netizen.

Dalam pada itu ada juga netizen yang bangga artis kita pandai cari duit dan kumpul aset. Mana taknya, tak dinafikan tak kurang juga dalam kalangan mereka yang kesempitan tatkala kurang job, sedangkan kebanyakannya pernah sampai di puncak kemasyhuran.

Agak mencuit hati apabila ada netizen yang meluahkan komen bahawa lelaki ‘helok’ lazimnya seorang yang setia. Gittew.. Jika diimbas, memang Izzue telah agak lama mendirikan rumahtangga bersama dengan isterinya dikenali juga dengan nama, Awin Nurin pada 2 Jun 2013.

Begitupun, sehingga kini mereka masih ramai belum dikurniakan cahaya mata. Bekas ahli kumpulan Forteen yang mula dikenali selepas memenangi anugerah Pelakon Lelaki Harapan di Festival Filem Malaysia ke-25 dan Hero Baru Terhebat di Anugerah Blokbuster 2 nampaknya aktif memelihara kucing.

Difahamkan, membahasakan dirinya Daddy kepada kesemua kucing-kucingnya, ternyata Izzue  menganggap kucing-kucingnya seperti anaknya sendiri dan jangan tak percaya, anak bulusnya lebih tujuh ekor sebelum ini siap ada akaun instagram lagi.

Aktor yang namanya kian meningkat apabila diberikan tanggungjawab menggalas watak utama di dalam drama Sebenarnya, Saya Isteri Dia.. ini memang penyayang orangnya. Moga Izzue dan isterinya terus dimurahkan rezeki lebih lagi.

Izzue, 31, manakala Awin lapan tahun lebih berusia daripadanya, namun bukan jadi penghalang kebahagiaan mereka. Seperti orang lain, sebelum itu, ada juga yg sibuk mempertikaikan paras pasangan, namun ia semakin mengutuhkan lagi gerbang ikatan mereka.

Sumber : IG Izzue Islam

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!