“Saakitlah kalau jadi bini dia ni, dimanjakan sangat” – Netizen

Sebelum ini pelakon Jasmin Hamid pernah tular apabila video yang memaparkan beliau sedang menyuap anak lelakinya yang sudah dewasa iaitu Ian Haziq yang berusia 20 tahun menerima kecaaman daripada netizen. Sebagai seorang ibu, Jasmin merasakan beliau selesa memanjakan anaknya itu sebagai tanda kasih dan sayang beliau terhadap anak. Pelakon drama Cukup Derita itu menyifatkan kecaaman berkenaan sebagai sangat plik kerana mempertikaikan amalan murni tersebut.

Hubungan beliau yang sangat rapat dengan anak lelakinya itu seakan kurang disenangi oleh netizen kerana beranggapan bahawa anak lelaki pelakon itu sudah dewasa dan kelihatan tidak sesuai lagi dimanjakan apatah makan juga turut disuapkan. Malahan ada yang merasakan bahawa anak lelakinya itu seorang anak yang sangat manja atau anak ibu.

Jasmin berkata sudah menjadi tanggungjawab sebagai ibu bapa untuk mengajar anak- anak mengenai erti kasih sayang dalam keluarga. Baginya perbuatan menyuap anak – anak tidak salah malahan beliau sendiri sangat merindui belaian kedua ibu bapanya yang telah pergi mngalkan beliau.

Terkini, Jasmin berkongsi satu tangkap layar yang memaparkan seorang individu mngalkan komen mengenai tindakan beliau menyuap anak lelakinya. Menerusi perkongsian itu, Jasmin meminta supaya individu berkenaan menjaga tutur kata dan penulisan jika tidak mengetahui perkara sebenar.

Kongsi Jasmin lagi, beliau sebenarnya merupakan seorang ibu dan kakak yang sangat tegas namun dalam masa yg sama masih memanjakan anak- anak serta adik beradik supaya apabila mereka berumahtangga kelak mereka akan terus mengamalkan perbuatan berkasih sayang antara satu sama lain.

Malahan akan mempraktikkan amalan bermanja dan berkasih sayang dengan pasangan dan anak- anak mereka pula mengikut batasan.

Jasmin berkata amalan makan bersuap tersebut pastinya membuatkan anak – anak dan adik beradik merindui belaian kasih sayang beliau sepertimana beliau juga merindui kedua – dua arwh ibu bapanya kerana itulah ajaran yang ditinggalkan oleh ibu bapa beliau mengenai erti kasih sayang.

Dedah Jasmin lagi amalan makan bersuap sebenarnya sudah menjadi tradisi dan kebiasaan dalam keluarganya oleh itu tidak ada yang janggal bagi mereka sekeluarga terhadap amalan menyuapkan anak- anak dan adik beradik makan apatah lagi di kaitkan dengan isu terlalu di manjakan hanya kerana makan bersuap.

Jasmin turut mengambil kesempatan menitipkan pesanan bahawa tidak rugi sekiranya saling berkasih sayang namun rugi jika kita tidak menggunakan peluang yang Allah berikan selagi dikurniakan nafas. Menurut Jasmin sendiri tidak salah memanjakan anak – anak suami isteri asalkan tidak memudaratkan dan tidak berlebihan.

Rata- rata netizen tidak sependapat dengan individu yang menulis komen berkenaan. Pada mata seorang ibu tidak ada salahnya menunjukkan kasih sayang kepada anak – anak dengan cara sedemikian asalkan masih lagi tahu batasan walaupun berapa tahun sekalipun umur anak tersebut. Berikut dikongsikan pula pendapat netizen terhadap isu berkenaan.

“Saya pernah hadiri kenduri keluarga di daerah Kuang semasa tahun 90an.. Masa tu rumah saudara sis tak silap.. dari situ dah tengok sis terus salam kami tetamu yg hadir dan masa makan suapkan anak sis yg girl tu dan layan nenek sis dengan baik sekali.. dah la cantik, peramah pula tu tak lekang dengan senyuman.. Hebat bukan…MashaaAllah.. semoga sis dan family selalu dalam rahmat Allah.. aamiin” – Netizen

“Sebenarnya saya suka tgk cara kak min menjaga dan mengasuh anak. Anak dah besar panjang tp masib tak rasa janggal dan tak malu makan bersuap dgn maknya. Penuh kasih syg. Saya yakin kak min berjaya mendidik dan membesarkan anak lelaki yg terbaik dan menjadi insan yg baik pd isterinya kelak dan ank2 inshaAllah.

Nak tahu mcmna dia melayan isterinya, lihat mcmana dia melayan ibunya. Saya yakin kak min dan isterinya kelak pasti akan bahgia till jannah. Terima kasih kak min, apa yg baik di mata sy dgn cara kak min asuh ank2 inshaallah sy akan praktikkan” – Netizen

“Org tak tahu betapa sedapnya makanan disuap oleh seorg insan bernama ibu. Lauk yg sama tapi nikmat dan sedap tak dpt saya lupakan. Nikmat tu saya hanya dpt makan disuap ibu saya sehingga saya 21 tahun kerana ibu saya mngl muda at the age of 54yrs old.

Walaupun skrg saya da berumur 49tahun saya masih rindu suapan ibu. Dan selalu bercerira nikmatnya kepada my anak buah and cucu sadara” – Netizen

“Saya rindu suapan arwh mak dekat saya.. Saya rindu kasih sayang..Peluukan dan segala²nya..Lahne saya rindukan ayah dekat kampung.” – Netizen

Hargailah ibu ketika mereka masih ada. Ramai yang berkongsi pengalaman merindui suapan ibu masing – masing ketika mereka masih lagi hidup di dunia ini. Namun kini ada yang sudah tidak berpeluang lagi untuk merasai kasih sayang ibu bapa mereka.

Jasmin sendiri sudah menjelaskan walaupun beliau memanjakan anak, namun beliau tetap tegas dengan mereka malahan anak- anak di manjakan dalam batasan. Semoga kasih sayang keluarga mereka berkekalan.

Sumber : ig jasmin hamid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!