“Naangis sebab tak boleh hafal 2 ayat dalam Surah Al Imran”- Rita Rudaini

Sebagai ibu bapa, tidak sama sekali rugi pun jika beri galakan pada anak anak untuk membaca Al-Quran. Ibu bapa sepatutnya bangga dan beruntung apabila anak-anak menunjukkan minat untuk mengenal kalamullah diperingkat awal. Seperti yang kita ketahui dalam ajaran agama islam, Al-Quran merupakan wahyu Allah dan peninggalan Rasulullah SAW yang akan kekal mendorong manusia ke jalan diredhai sehingga hari kiamat.

Seperti pelakon Rita Rudaini, beliau menyokong anak-anaknya untuk mempelajari dan menghafal ayat-ayat Al Quran. Sikap Rita sememangnya boleh dijadikan contoh buat ibu bapa di luar sana dalam membantu generasi kini untuk lebih dekat dengan Al Quran.

Baru-baru ini, Rita berkongsi video menunjukkan anaknya, Arjuna menangis sedih apabila tidak dapat menghafal dua ayat dari Surah Al- Imran.

Walaupun Arjuna masih kecil, dia bersungguh untuk menghafal membuatkan ibunya terharu dengan kesungguhan Arjuna.

Video gelagat comel Arjuna yang dirakam oleh Rita bertujuan untuk membuat kenangan di Instagram Rita sendiri.

Video itu menerusi laman Instagramnya telah mencecah 52 ribu tontonan. Manakala ruangan komen pula dihadkan oleh Rita sendiri.

Bagus tengok Arjuna ni, semangat nak menghafal ayat-ayat Al Quran. InsyaAllah boleh jadi anak yang baik dunia dan akhirat, amin.

Sumber: Instagram ritrud727

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!