“Ini baru betul tutup aurat, Che Ta boleh kekal penampilan mcm ni”- Netizen

Sekali lagi pelakon dan selebriti Rozita Che wan menjadi tumpuan media dan orang ramai selepas tampil dengan busana hitam bertatahkan berlian di acara Kuala Lumpur Fashion Awards baru-baru ini. Rozita Che Wan atau dikenali dengan Che Ta ini tidak pernah kalah dalam berfesyen dan pasti akan tampil kelainan dengan gayanya yang tersendiri. Unik sekali.

Rekaan busana Che Ta yang menyelubungi seluruh badan dan wajahnya adalah hasil tangan daripada pereka fesyen terkemuka, Ezuwan Ismail. Memang lain daripada yang lain.

Namun, Busana yang digayakan Che Ta dikatakan hampir menyerupai artis hollywood Kim Kardashian yang pernah mengenakan pakaian berselubung seperti itu.

Memandangkan musim cvd, pakaian berselubung ini telah menjadi salah satu trend dalam dunia fesyen.

Sementara itu, foto Che Ta telah menjadi tular di laman media sosial selepas dikongsi oleh Che Ta sendiri. Che Ta pasti menjadi perhatian media apabila berlangsungnya acara karpet merah.

Pelbagai reaksi yang dikongsi oleh netizen menerusi ruangan komen. Rata-ratanya terkejut dengan penampilan unik Che Ta yang kelihatan berselubung itu.

Ada juga sebahagian netizen merasakan fesyen yang digayakan Che Ta itu boleh mempengaaruhi keselamatan kanak-kanak.

Dalam pada itu, foto Che Ta telah menerima hampir 7,000 tanda suka menerusi instagram media hiburan official.

Popular Che Ta sejak akhir-akhir ni ye.. Fesyen Che Ta jarang sekali mengecewakan, mesti lain daripada yang lain.

Sumber: instagram Media Hiburan Official

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!