“Rina tak faham English saya kena maalu ke” – Maryam

Pasangan selebriti media sosial Maryam dan Ryzal Ibrahim kian di kenali di Malaysia apatah lagi kini pasangan popular ini mempunyai seorang anak perempuan comel yang bernama Rina. Ryzal dan Maryam berkahwin pada 15 Ogos 2019 selepas setahun mengenali hati budi masing- masing ketika kedua- duanya melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti di Korea Selatan.

Rumahtangga pasangan itu di serikan lagi dengan kehadiran anak perempuan mereka Rina sekitar Oktober 2021. Pasangan suami isteri itu kemudiannya mengambil keputuusan untuk pulang dan menetap di Malaysia sekitar September tahun lalu demi mengembangkan kerjaya seni mereka di Malaysia.

Menyifatkan bayi perempuan yang dinamakan hasil gabungan nama Ryzal dengan Maryam (You Narae) sebagai anak yang mudah diurus, bayi itu langsung tidak ‘mengganggu’ tugasnya untuk terus menghasilkan video untuk kandungan media sosial mereka iaitu DurianKimchi.

Maryam atau nama sebenarnya You Narae kini menjadi seorang pelakon dan merupakan salah seorang juri menerusi rancangan hiburan All Together Now Malaysia.

Pasangan suami isteri ini sangat aktif berkongsi aktivti harian dan berinteraksi bersama para pengikut mereka di media sosial.

Menerusi perkongsian terbaru Maryam di Instagram, beliau mendedahkan mengenai pengalaman peribadi yang di laluinya apabila anaknya Rina kurang pandai berbahasa Inggeris. Menurut Maryam kejadian tersebut berlaku di sebuah pasaraya dan ketika beliau meningg4lkan Rina bersama pembantu.

Pembantu berkenaan memberitahu mengenai seorang individu yang cuba menegur Rina dalam Bahasa Inggeris namun Rina tidak memahaminya kerana beliau dan suaminya Ryzal berkomunikasi dalam Bahasa melayu dan korea ketika bertutur dengan anaknya itu.

Lebih memeranjatkan apabila individu berkenaan merasa kasihan terhadap Rina kerana tidak memahami Bahasa inggeris. Maryam yang kurang bersetuju dengan respon individu berkenaan menyuarakan pendapatnya terhadap isu berkenaan menerusi hantaran terbaru di Instagram.

Menjengah keruangan komen, perkongsian Maryam itu mendapat reaksi pelbagai daripada netizen. Rata- ratanya juga sependapat dengan Maryam bahawa tidak perlu merasa kasihan sekiranya kanak- kanak seusia Rina masih belum memahami Bahasa inggeris memandangkan Bahasa ibunda negara adalah Bahasa melayu.

Sebaliknya yang lebih menyedihkan sekiranya tidak memahami Bahasa melayu dan tidak mampu untuk bertutur dalam Bahasa melayu yang merupakan Bahasa rasmi negara Malaysia sendiri. Berikut dikongsikan reaksi dan pendapat para netizen di ruangan komen.

Betul cakap Maryam tu. Rina mempunyai ibu bapa yang menggunakan Bahasa melayu dan Bahasa korea sebagai Bahasa pertuturan seharian, jadi tidak ada salah dan perlu kesian sekiranya Rina masih belum memahami Bahasa inggeris.

Sumber: ig maryamyunrrr

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!