“Pelik la sikap org kita ni, org fluent English di kata lupa bahasa sendiri”- Netizen

Datin Shahida dan Datuk Alif Syukri merupakan pasangan usahawan yang sangat di kenali di media sosial. Pasangan usahawan kosmetik ini aktif di media sosial mempromosikan pelbagai produk perniagaan mereka. Datuk Aliff kemudiannya terjuun ke bidang lakonan menerusi lakonan beliau dalam filem Badang dan beberapa drama melayu. Datin Shahida pula sebelum ini nama beliau sudah terlebih dahulu dikenali ramai kerana beliau pernah menganggotai sebuah kumpulan nasyid Solehah yang turut di sertai oleh penyanyi Bienda.

Setelah mendirikan rumahtangga bersama Dato Aliff Syukri, beliau lebih menumpukan kehidupan beliau terhadap rumahtangga disamping membantu suaminya dalam mempromosikan perniagaan mereka.

Setiap ibu bapa pastinya mengimpikan untuk mempunyai anak-anak yang soleh dan solehah serta mampu berbakti kepada keluarga mahupun masyarakat.

Anak sulung dan kedua pasangan ini iaitu Ammar dan Khadijah telahpun menginjak keusia remaja dan semakin boleh di harap. Tambahan pula Dato Aliff dan Datin Shahida telah mendedahkan anak-anak mereka mengenai dunia perniagaan sejak dari kecil lagi.

Kini anak anak pasangan ini yang semakin meningkat dewasa juga semakin di kenali dan menjadi perhatian masyarakat kerana kebolehan mereka yang sering membantu kedua ibu bapa menjalankan perniagaan di media sosial masing- masing.

Menerusi perkongsian video baru di Instagram Khadijah, Khadijah yang mesra di panggil Cess itu menjawab pertanyaan netizen mengenai kebolehan beliau bertutur dalam berbahasa melayu. Menurut Cess, beliau boleh berbahasa melayu seperti biasa namun mungkin pertuturan beliau dalam Bahasa melayu tidak sebaik pertuturan dalam Bahasa inggeris.

Kongsi Cess lagi, sejak dari kecil beliau juga mengalami masalah Disleksia dalam pembelajaran dan setelah di masukkan ke kelas intensif sedikit sebanyak ia dapat mengatasi masalah tersebut.

Tambahan pula, di sekolah Cess telah dibiasakan bertutur dalam bahasa Inggeris, dalam erti kata lain bahasa inggeris digunakan secara menyeluruh di sekolah.

Namun begitu, Cess menegaskan dirinya masih mampu bertutur dengan baik dalam bahasa melayu dan cess tidak pernah lupa dan sayang kepada bahasa kebangsaan.

Menerusi ruangan komen, penjelasan Cess itu menerima reaksi yang positif daripada netizen. Rata- rata netizen memahami keadaan Cess dan menurut mereka, cara pertuturan Cess dalam Bahasa inggeris kedengaran sangat fasih serta tidak campur aduk perkataan melayu dan inggeris serentak.

Malahan kemahiran berbahasa inggeris Cess itu nanti juga akan dapat membantu ibu dan bapanya dalam menjalankan dan mengembangkan lagi perniagaan keluarga mereka pada masa hadapan. Berikut di kongsikan komen – komen netizen.

Ramai netizen yang terinspirasi dengan keperibadian anak dara Datin Shahida dan Datuk Aliff Syukri ni. Sedap sangat dengar Cess bertutur dalam Bahasa inggeris.

Cess pun sempat mempromosikan perniagaan keluarga menerusi video tersebut. Anak solehah betul Cess ni.

Sumber: ig qadejah_terlajaklaris

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!