“Adik Bilal dah makin nampak”- Netizen

Desas desus mengenai kehamilan kedua pengacara Noor Neelofa bertiup kencang sejak beberapa bulan lalu ekoran beliau berkerusi roda ketika lawatan kerja ke Brunei.  Sejak dalam fasa mengandung, dan setelah melahirkan anak, ramai yang menantikan untuk melihat dan mendengar sendiri perkongsian selebriti dan usahawan terkenal Neelofa mengenai anak dan kehidupan rumahtangganya itu.

Tanggal 29 Januari yang lalu, anak sulung kepada selebriti ini iaitu Muhammad Bilal Muhammad Haris telah menyambut ulang tahun pertamanya.

Ketika majlis sambutan hari ulang berkenaan, ada dakwaan yang mengesahkan kehamilan Neelofa apabila selebriti ini kerap mengusap perutnya semasa majlis berkenaan. Namun sehingga ke hari ini Neelofa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

Selang beberapa hari sahaja daripada tarikh ulang tahun anaknya Muhammad Bilal, Neelofa juga turut menyambut hari ulang tahun kelahiran beliau pada 10 Februari.

Sebagai menghargai tanda ingatan dan pengorbanan suami, Neelofa berkongsi sekeping gambar hadiah yang di terima beliau daripada suami tersayang sempena hari ulang tahun kelahirannya.

Kongsi Neelofa lagi, PU Riz telah menghadiahkan beliau seutas gelang untuk di padankan dengan cincin perkahwinan mereka.

Menerusi satu perkongsian di Instagram peminat Neelofa, satu lagi cabang perniagaan telah di terokai oleh pasangan usahawan ini iaitu sebuah pusat kecantikan.

Usahasama perniagaan berkenaan melibatkan PU Riz dan juga rakannya Dr Aizul Hafizi untuk menubuhkan Airiz Aesthetic Center.

Sewaktu sesi PU Riz memberikan ucapan, kehadiran Neelofa ke majlis perasmian pusat kecantikan berkenaan menarik perhatian dan menjadi tumpuan para hadirin ketika itu.

Lebih menarik perhatian adalah apabila Neelofa juga di lihat memegang perutnya ketika berjalan dan bergambar di majlis tersebut.

Mengintai keruangan komen, rata- rata netizen berkata melihatkan perut Neelofa ramai yang mulai meneka sekiranya adik Bilal yang bakal di lahirkan kelak merupakan seorang bayi perempuan.

Meskipun sejak daripada kehamilan Bilal dahulu Neelofa tidak pernah membuka mulut dan berkongsi berita kehamilan namun perubahan bentuk badan usahawan dan pengacara jelita berkenaan tidak dapat di sembunyikan lagi memandangkan saiz bayi yang semakin membesar.

Wajah Neelofa juga semakin berseri sejak hamil anak keduanya kali ini. Berikut di kongsikan komen- komen dan ucapan tahniah daripada netizen.

Bertambah menyerlah seri ibu mengandung pada wajah Neelofa dengan kehamilan keduanya ini. Kata orang, jika mengandung anak perempuan wajah ibu nampak berseri. Apa pun semoga perjalanan kehamilan Neelofa kali ini akan di permudahkan.

Sumber: ig lofa.world

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!