“Macam Sumayyah anak Puteri Sarah, cutenya mata lawa” – Netizen

Nama pelakon popular Fasha Sandha atau nama sebenar beliau Nur Fasha Sandha Binti Hassan merupakan seorang pelakon wanita yang sangat berbakat dan tidak perlu di perkenalkan lagi. Wajahnya sering menghiasi drama- drama tanah air dengan bakat lakonan beliau yang luar biasa. Beliau juga sangat komited dalam kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Sekiranya ada artis baru yang tidak menepati jadual waktu penggambaran pasti akan ditegur oleh Fasha. Sikapnya itu membuatkan beliau sering mendapat pujian dan berkat disiplin yang ketat itulah yang membuatkan nama Fasha masih kukuh dalam industri.

Ratu air mata yang merupakan anak kelahiran Pulau Pinang ini mempunyai 4 orang adik beradik dan mempunyai seorang lagi adik, Elisya Sandha yang turut terlibat dalam dunia seni sebagai pelakon.

Fasha mempunyai kelab peminat yang diberi nama We Love Fasha Sandha yang sentiasa menyokong kerjaya seninya itu selama ini. Fasha juga tidak soombong dan sering menjaga hati peminatnya.

Menyingkap kehidupan peribadi pelakon berbakat besar ini pula, Fasha mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama seorang pelakon iaitu Aidil Aziz. Pasangan ini di kurniakan seorang anak perempuan iaitu Aisya Humaira yang kini berusia 2 tahun.

Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas suami Nora Danish iaitu Rizal Ashram ataupun lebih dikenali sebagai Jejai dan di kurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Mengikuti perkembangan semasa, Fasha juga aktif berkongsi dan berinteraksi bersama para peminat menerusi platform Instagram. Selain berkongsi perkembangan semasa kerjaya seni beliau bersama peminat, Fasha juga turut menjadikan laman media sosial sebagai diari untuk merakamkan aktiviti kehidupan harian beliau bersama keluarga tercinta.

Terbaru, Fasha telah berkongsi satu video terkini yang memaparkan anaknya Aisya Humaira dan Aidil meluangkan masa bersama ke sebuah pusat beli belah. Video berkenaan di ambil ketika menunggu Aidil yang sedang membelikan makanan.

Video berkenaan menarik perhatian netizen yang rata- rata tertarik dengan wajah cantik dan comel Aisya walaupun kanak- kanak berkenaan masih kecil. Netizen juga berkata wajah cantik dan comel Aisya itu seiras dengan Sumayyah yang merupakan anak kepada pelakon Puteri Sarah Liyana.

Menjawab komen netizen, Fasha mendedahkan bahawa beliau mengakui sewaktu mengandungkan Aisya dahulu, beliau kerap menatap wajah comel Sumayyah dan sering meminta gambar Sumayyah daripada sahabatnya Puteri Sarah. Berikut di kongsikan komen Fasha berkenaan.

Kenangan betul Fasha minta gambar Sumayyah daripada Puteri Sarah, sekarang wajah Aisya pun dah ada iras- iras wajah Sumayyah. Comel betul Aisya dan Sumayyah.

Sumber: Instagram fashasandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!