“Rajinnya Afwa, kecik2 dah pandai menyapu”- Netizen

Anak-anak kecil banyak sangat ragam nya. Ragam-ragam mereka sudah pasti sangat melucukan dan menghiburkan hati kita semua. Buat gaya macam tu, buat gaya macam ni, sudah pasti akan menghiburkan hati kita semua. Dan, apa yang penting, sudah pastilah mereka semua ni comel dan tak pernah tak lucu.

Kali ini, ada dimuat naik video anak kesayangan kepada Tokti, iaitu Afwa yang sangat comel dan melucukan. Telatah Afwa yang sedang menyapu sampah di halaman rumah nya. Amboi, pandai eh si hero ni buat kerja rumah.

Bukan main rajin sangat budaknya ni pegang penyapu dan sedang menyapu sampah dekat halaman rumah. Rajin dia mengalahkan kita semua ya, tak sangka Afwa serajin tu, lepas ni bolehlah tolong ibu kemaskan rumah dan bersihkan halaman.

Rata-rata netizen semuanya terhibur dengan ragam anak kecil sorang ni. Afwa sangat terkenal dengan gelagat dan lagaknya yang melucukan kita semua. Budak sorang tu, tak sah kalau tak hibrukan kita dengan telatah dan ragam nya.

Dahulunya, kita tengok gelagat Afwa yang seronok bermain dalam bath tub rumah nya. Senyap-senyap je dah masuk dalam bath tub tu dan seronok bermain air. Aduhai, comel sangat lah awak ni dik.

Kali ini, tengok gelagat Afwa yang sangat seronok menyapu halaman rumah nya. Semoga rajin-rajin lah lepas ni tolong ibu buat kerja rumah. Walaupun semua dah tahu mereka ada maid, tapi, Tokti pun memasak sendiri tau.

Rata-rata netizen semuanya teruja dan terhibur dengan si budak kecil yang comel ni. Jarang tengok Afwa senyum dan tersengih, selalu masam saja muka nya. Bila dah senyum, cair hati kita semua yang tengok Afwa ni.

Bak kata mereka, bukan main rajin lagi si comel ni. Kecik2 dah rajin tolong ibu sapu sampah dekat halaman rumah. Mana tahu next video kita tengok Afwa yang tengah bantu ibu memasak pulak kan. Aish tak sabar pulak.

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa telatah Afwa itu sangat comel dan buatkan kita semua teruja. Seronok sangat kalau dapat anak-anak yang jenis sporting dan rajin bantu orang tua macam tu kan ? Boleh buat kerja rumah sama-sama.

Sumber : Ig Muhdafwakhalid

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!