“Tak boleh bygkan cmne la kalau diorang dpt ibu tiri mcm sorg tu” – Netizen

Bagi ibu bapa, anak-anak adalah insan yang paling berharga sekali dalam hidup mereka. Lebih-lebih lagi jika melibatkan perasaan seorang ibu yang sudah bersusah payah mengandungkan anak-anak selama 9 bulan lamanya. Pasti ramai mereka yang bersetuju bahawa ibu sanggup melakukan apa sahaja jika ia telah melibatkan anak-anak. Sehingga ada yang sanggup meredam rasa hanya untuk melihat kebahagiaan anak-anak.

Gemp4r baru-baru ini apabila pelakon cantik Puteri Sarah Liyana telah meluahkan perasaan kesalnya yang telah disimpan rapi selama empat tahun lamanya. G0sip-g0sip yang melanda tentang hubungan bersama suami iaitu Sy4msul Yusof yang kian goyah, tidak pernah dihiraukan malah menafikan tentang perkara itu.

Membina rumahtangga bersama pelakon dan pengarah hebat tanah air iaitu Sy4msul Yusof pada tahun 2014 yang lalu, kini pasangan ini telah dikurniakan sepasang anak lelaki dan perempuan.

Nama Syaikhul Islam dan Sumayyah telah dipilih bagi putera dan puteri istimewa yang menjadi penyeri hidup mereka sehingga kini.

Puteri Sarah yang kini sedang menunaikan ibadah umrah di kota suci Mekah turut membawa bersama anak-anak kesayangannya bagi menemaninya sepanjang menjalankan ibadah umrah di sana. Mereka sekeluarga juga dalam rancangan untuk turut menyambut hari raya aidilfitri di kota Mekah.

Video Syaikhul dan Sumayyah yang sedang asyik berlari di m4sjid telah dimuatnaik oleh Puteri Sarah ke Instagramnya dan mendapat perhatian dari netizen.

Video tersebut dibanjiri dengan doa dan pujian agar Puteri Sarah terus kuat menghadapi masalah hidupnya demi kebaikan anak-anak tersayang.

Salah seorang dari netizen juga telah mengaitkan video tersebut dengan masalah yang kini sedang dihadapi oleh Puteri Sarah ketika ini. Komen tersebut mengatakan bahawa Puteri Sarah merupakan sosok ibu yang terbaik buat Syaikhul dan Sumayyah dan tiada siapa yang mampu menggantikan tempatnya itu.

Membawa anak-anak kecil yang semestinya sedang berada di fasa yang sangat aktif bagi menunaikan ibadah umrah bukanlah perkara yang mudah dan memerluk4n kesabaran yang sangat tinggi.

Pengorbanannya sebagai seorang ibu turut dipuji oleh para netizen apabila melihat perkembangannya sewaktu di sana bersama Syaikhul dan juga Sumayyah.

Semoga Puteri Sarah dapat menjalankan ibadah umrah dengan baik dan fokus bersama anak-anak dan mendapat umrah yang mabrur. Pasti ramai peminat dan netizen yang tidak sabar menunggu kepulangan Puteri Sarah ke tanah air bersama anak-anak.

Sumber: Instagram Puteri Sarah Liyana

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!