“Haha anak2 menahan sabar je dgn mama dia tu”- Netizen

Tidak dapat dinafikan bahawa anak-anak juga boleh dijadikan sebagai sahabat karib kepada orang tua mereka. Seronok kan kalau ada ibu bapa yang selalu saja onz dengan segala lawak jenaka yang kita semua lakukan. Kadang tu, mereka yang melebih-lebih dari kita lucu nya, terpaksalah anak-anak yang melayan mereka.

Yang lebih menarik kalau mempunyai anak-anak yang ramai, dan semuanya jenis masuk air serta rapat dengan orang tua mereka. Sudah pasti rumah tu tak akan sunyi dan dipenuhi dengan gelak ketawa dan lawak jenaka anak-anak semua.

Ada dimuat naik video Abby Abadi bersama-sama dengan anak-anak dara dan teruna nya. 3 orang anak nya yang sangat cantik dan hensem. Tengok sajalah siapa orang tua nya kan, sebab tu anak-anak nya pun sama cantik dan lawa macam mereka.

Video di mana Abby yang sedang melakukan Tiktok, akan tetapi, 3 orang anak nya di belakang seolah-olah sedang memerhatikan saja mama kesayangan nya di depan tu yang sedang buat tiktok “sorang”. Anak dia tengok nya gelagat mama nya.

Sememangnya telatah Abby itu sangat comel dan mencuit hati. Apa yang mencuit hati tu, sudah semestinya lah disebabkan anak nya yang duduk malu-malu dan tercongok saja melihat mama nya yang sedang bertiktok.

Bak kata netizen, ibu yang lebih perform dan lebih aktif bermain dengan tiktok berbanding dengan anak-anak nya. Amboi, bukan main lagi eh Abby buat Tiktok, sampaikan anak-anak nya pula yang macam introvert dekat belakang tu.

Rata-rata netizen semuanya terhibur melihat telatah anak-beranak tu. Si ibu yang bertiktok, manakal si anak pula tersipu malu di belakang tu nak tunjuk bakat semuanya yang sedang bermain tiktok. Ngekek gelak tengok gelagat mereka.

Bak kata netizen, anak-anak redha je tengok mama dia main Tiktok, nak bertiktok sekali, tetapi mereka malu-malu kucing. Jadilah interframe saja dekat belakang tu. Takpalah asalah nanti boleh credit nama masing-masing dekat dalam Tiktok tu kan.

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa telatah anak-beranak tu memang semuanya lucu-lucu belaka. Seronok sangat kan kalau dapat anak-beranak yang jenis sporting dan masuk air semuanya. Boleh buat jadi member.

Sumber : Ig Mamayebbyyabadi

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!