“P0lis pernah tahan aku minta passport sebab ingat aku Myanmar” – Azhan Rani

Kalau sebut sahaja tentang drama bersiri terkenal tanah air yang bertajuk Nur, pasti ramai yang sudah tahu watak siapa yang paling menjadi sebutan dan memainkan perasaan penonton. Siapa lagi kalau bukan gerangan Ustaz Hamadi yang telah dibawa oleh pelakon hebat Azhan bin Abdul Rani atau lebih dikenali dengan singkatan Azhan Rani.

Tidak kira apa sahaja watak yang diberikan kepada dirinya sama ada baik, jahat, psiko dan sebagainya pasti dapat dibawa dengan baik kerana bakat lakonan yang sememangnya tidak perlu dipersoalkan lagi. Pasti ramai yg tidak tahu bahawa Azhan Rani sebenarnya memulakan Langkah menjadi pelakon hebat bermula pada tahun 1994 lagi sebagai seorang pelakon teater.

Hanya bermula dengan sekadar ingin mencuba nasib, tidak disangkakan dia berjaya mencipta nama dari dulu hingga sekarang yang masih terkenal dan dikenali ramai sebagai pelakon berbakat besar.

Anak kelahiran Tanjung Karang ini masih belum mendirikan rumahtangga hingga kini kerana dikatakan sedang sibuk menjaga ibunya.

Di laman Instagram miliknya, dia telah mengeluarkan kenyataan tentang fisik wajahnya yang dikatakan tidak kacak. Malahan, dia juga membuka cerita bahawa dahulu dia juga pernah ditahan oleh pihak polis kerana dianggap orang Myanmar dan bukan Malaysia.

Dia juga ada mengatakan bahawa tugasnya sebagai pelakon bukan hendak memenuhi nfsu mata para penonton sahaja. Tetapi, tugasnya untuk menjadikan sesuatu watak tersebut hidup seperti dunia realiti.

Jika melihat sendiri drama-drama dan filem yang dibintanginya, watak yang dipegang pasti berjaya dihidupkan dan membuat penonton turut sama merasainya.

Walaupun begitu, ramai peminat yang setia menyokong Azhan Rani kerana bakatnya yang hebat sebagai seorang pelakon dan bukan melihat dari luaran sahaja.

Benar kata Azhan Rani bahawa kita takkan mampu memuaskan setiap kemahuan manusia. Para penonton drama dan filem Malaysia dinasihatkan agar lebih mementing dan menghargai bakat yang ada pada seseorang pelakon.

Bukan sekadar hanya melihat wajah yang kacak dan cantik sahaja tetapi tiada bakat dalam bidang hiburan sama ada berlakon mahupun menyanyi.

Sumber: Instagram Azhan Rani

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!