“Lebih kepada Hairul yang pakai tudung Alisa ni”- Netizen

Kehidupan pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sentiasa mendapat perhatian para netizen lebih- lebih lagi apabila mereka berdua berkongsi kenangan percutian mewah di Instagram masing- masing. Baru- baru ini percutian keluarga ini ke New Zealand juga menjadi bualan netizen apabila mereka menaiki helicopter untuk menikm4ti pemandangan menarik di sana.

Pasangan suami isteri itu menerusi Instagram masing-masing berkongsi beberapa keping gambar dan video momen indah percutian musim sejuk di luar negara bersama dua anak mereka pula.

Menurut Hanis, percutian berkenaan merupakan pengalaman pertama untuk anak keduanya iaitu Alisa Aisyah ke luar negara. Sebelum ini, Hanis berkata beliau dan suami tidak berkesempatan untuk membawa Alisa pergi bercuti di luar negara di sebabkan pand3mik yang melanda dunia.

Sebelum ini, percutian pasangan ini ke Pulau Redang menaiki helikopter mewah juga telah mendapat perhatian para netizen.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu merupakan satu pepatah yang cukup tepat untuk menggambarkan kehidupan yang sedang di lalui oleh pasangan suami isteri Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini.

Berkongsi satu video terbaru di Instagram kanak-kanak berkenaan, muatnaik terbaru yang memaparkan kenangan hari pertama Hanis Zalikha mengenakan tudung telah menarik perhatian netizen.

Video yang di kongsikan oleh Hairul itu antara lain menulis tarikh di mana Hanis telah memakai tudung sekitar bulan Mac 2015. Namun begitu, Hairul juga turut menyelitkan gambar Alisa yang turut memakai ‘tudung’seolah- olah mengikuti jejak langkah ibunya itu.

Perkongsian video tersebut telah meraih sebanyak 51,127 tanda suka dan juga hampir 111 komen daripada para peminat mereka terutamanya penggemar kanak- kanak cilik Alisa Aisyah.

Bagaimanapun wajah Alisa yang comel itu, rata- ratanya berkata lebih mirip wajah bapanya iaitu Hairul sendiri. Netizen juga meningg4lkan komen mengatakan bahawa Alisa kelihatan seperti wajah Hairul yang memakai tudung.

Sementara itu, netizen juga turut kagum dengan kejelitaan Hanis Zalikha yang lebih menyerlah setelah memakai tudung. Netizen juga memuji wajah cantik isteri kepada pelakon Paskal berkenaan. Berikut di kongsikan komen- komen yang di tulis oleh netizen.

Kecomelan dan gelagat anak- anak kepada pasangan ini iaitu Yusuf Iskandar Dan Alisa Aisyah sekian lama sering di paparkan di media sosial peribadi kedua dua anak mereka.

Pasangan Hairul dan Hanis berkahwin pada 8 Jun 2015 dan dikurniakan dua orang anak. Anak sulung lelaki iaitu Yusuf Iskandar dilahirkan pada 3 Jun 2016. Manakala anak kedua mereka iaitu Alisa Aisyah pula di lahirkan pada May 2019.

Sumber: Instagram alisa aisyah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!