“Serius your voice mmg ada komersial jadi pembaca berita, Love giila dgr your voice” – Netizen

Setiap orang pasti akan ada cita-cita sendiri yang mereka pendam dari zaman kanak-kanak lagi. Cita-cita itu bagaikan satu pembakar semangat untuk semua orang untuk cuba mencapai satu impian yang mereka telah tetapkan dalam hati mereka. Namun, kadang kala waktu, situasi dan pelbagai alasan lagi boleh jadi punca kita tidak tak dapat apa yang diimpikan.

Siapa tidak mengenali her0in drama bersiri popular Takdir yang Tertulis, Nad Zainal yang kecil moleh dan comel. Beliau yang mula aktif dalam bidang lakonan dan peragaan dari tahun 2008 lagi menunjukkan beliau adalah seorang artis yang berkaliber dan penuh bakat.

Memang terbukti lakonan Nad Zainal sememangnya sangat menusuk kalbu terutama sekali lakonannya dalam drama bersiri Takdir yang Tertulis. Namun, siapa tahu bahawa menjadi seorang pelakon itu bukanlah cita-cita Nad ketika beliau kecil.

Baru-baru ini, beliau berkongsi sebuah video dimana beliau menyahut cabaran membaca dialog berita dan mengatakan menjadi pembaca berita adalah cita-citanya ketika beliau sekolah menengah dahulu.

https://www.instagram.com/p/CP5vJiLnwNs/?utm_medium=copy_link

Dilihat di dalam video tersebut, Nad telah melakukan sebaik mungkin utk membaca dialog berita tersebut. Walaupun beliau tertinggal beberapa perkataan kerana dialog tu terlalu cepat bergerak, namun suara dan cara bacanya sangat sesuai seperti pembaca berita sebenar.

Netizen sangat suka melihat Nad Zainal membaca berita dan mengatakan suara beliau sangat komersial dan sesuai untuk dijadikan sebagai pembaca berita.

Namun, Nad membalas komen tersebut dengan mengatakan agak terlewat untuk jadi pembaca berita kerana sudah mendapat dan biasa dalam karier sekarang iaitu pelakonan.

Betul-betul ‘multi-talented’ lah Nad Zainal. Bukan sahaja pandai berlakon, beliau juga ada kebolehan dan peluang untuk menjadi pembaca berita juga.

Untuk pekembangan beliau, beliau lebih memfokuskan berada dirumah bersama keluarganya sambil fokus juga daalam perniagaan sendirinya.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!