“Bila tgk gambar masam je dgn ayah, dia ok je dgn lelaki kecuali ayah dia” – Netizen

Mungkin ramai yang tidak mengenali nama Shah Indrawan namun jika sebut sahaja Tomok, sudah pasti terngiang-ngiang lagu Sejarah Mungkin Berulang nyanyian penyanyi utama kumpulan New Boyz berkenaan. Tomok yang kini selesa bergerak solo turut melebarkan sayap dalam bidang lakonan menerusi beberapa filem, salah satunya Istanbul Aku Datang bergandingan bersama Lisa Surihani.

Tomok mendirikan rumahtangga bersama seorang bekas pramugari MAS iaitu Rahayu Abas pada 1 Julai 2011 dan kini setelah hampir 10 tahun hidup bersama pasangan itu dikurniakan 3 orang cahaya mata.

Setelah menimang 2 orang anak lelaki, Tomok akhirnya dikurniakan anak perempuan pada bulan Jun tahun lalu. Anak sulung dan keduanya iaitu Arrian dan Andra akhirnya memiliki seorang adik perempuan yang bernama Khadijah.

Khadijah kini menjadi menyeri dalam hidup Tomok dan keluarga. Tomok juga sering mengusik anak bongsunya itu dengan memuatnaik beberapa gambar serta caption yang melucukan untuk dikongsikan buat tatapan peminat.

Terkini Tomok berkongsi gambar Khadijah ketika bersama isteri dan juga ketika bersama beliau. Khadijah menunjukkan riak wajah yang sangat ketara menyebabkan para peminat merasa terhibur namun turut bersimpati dengan Tomok.

Menjengah keruangan komen peminat rata-rata memahami perasaan Tomok yang mungkin sedikit “cemburu” dengan layanan anak perempuannya itu yang seolah “pilih kasih” ketika bersama beliau dan juga ketika bersama isterinya.

Demi memujuk Tomok para peminat berkata Khadijah memberikan reaksi muka masam dan garang demi melindungi bapanya daripada peminat wanita. Berikut dikongsikan komen peminat.

Kasihan pula pada Tomok. Ada yang berkongsi anak perempuan ketika masih kecil rapat dengan ibu namun apabila sudah meningkat dewasa akan lebih rapat dengan bapa kerana lebih manja dengan bapa. Jadi sabarlah Tomok mungkinnya masa belum tiba lagi. Tunggu Khadijah besar sikit ya.

Sumber : ig tomokofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!